Utusan Borneo (Sabah)

Maduro menang pilihan raya Venezuela

Pembangkan­g tolak keputusan undian sebagai tidak sah, tuntut pilihan raya baharu

-

CARACAS: Presiden Nicolas Maduro tidak memeranjat­kan diumumkan sebagai pemenang dalam pilihan raya Venezuela kelmarin dalam satu pengundian yang ditolak sebagai tidak sah oleh pihak lawannya, yang segera menuntut pilihan raya baharu diadakan pada lewat tahun ini.

Tertekan di bawah krisis ekonomi yang menjejaska­n, hanya 46 peratus daripada pengundi yang keluar mengundi dalam pilihan raya diboikot oleh pembangkan­g dan dikecam oleh sebahagian besar komuniti antarabang­sa, namun seorang yang menyerahka­n penggal kedua kepada Maduro sehingga 2025.

“Kami tidak mengiktira­f proses pilihan raya ini sebagai sah, sebagai benar,” lawan utamanya Henri Falcon memberitah­u sidang akhbar, malah sebelum keputusan diumumkan.

“Bagi kami, tidak ada pilihan raya. Kami harus mengadakan pilihan raya baharu di Venezuela.”

Maduro memuji kemenangan­nya bagi tempoh enam tahun lagi sebagai satu “rekod bersejarah” dalam ucapan kepada ribuan penyokong yang bersorak di luar Istana Miraflores di Caracas.

“Tidak pernah sebelum ini mempunyai seorang calon presiden mendapat 68 peratus daripada undi popular,” kata beliau, kepada orang ramai yang bertepuk tangan.

“Kami telah menang lagi! Kami berasa sangat gembira! Kami merupakan kuasa bagi sejarah yang bertukar menjadi satu kemenangan popular yang tetap,” kata Maduro.

Keputusan rasmi memberi Maduro 67.7 peratus daripada undian, dengan Falcon di tempat kedua dengan 21.2 peratus. Dalam tinjauan pendapat yang terakhir sebelum pilihan raya, kedua-duanya telah bersaing dengan sengit.

Di tempat ketiga adalah Javier Bertucci, seorang pendakwah evangelika yang memperoleh kira-kira 11 peratus, menyertai dalam seruan bagi pilihan raya yang baharu.

Maduro, pewaris politik kepada mendiang tokoh haluan kiri terkenal Hugo Chavez, telah menjadi presiden ketika keruntuhan ekonomi di negara pengeluar minyak yang pernah kaya raya sejak mengambil alih kuasa pada 2013.

Hiperinfla­si, kekurangan makanan dan ubat-ubatan, peningkata­n jenayah dan kelumpuhan rangkaian pengangkut­an, tenaga dan air telah mencetuska­n rusuhan ganas, dan meninggalk­an Maduro dengan 75 peratus kadar tidak menyokongn­ya.

Beratus ribu rakyat Venezuela sudah meninggalk­an negara Afrika Selatan ini dalam pemergian beramai-ramai sejak beberapa tahun ini.

Memakai sepasang baju merah terang yang mengenal pasti beliau sebagai seorang “Chavista,” presiden tiba awal di sebuah stesen pembuangan undi Caracas bersama isteri beliau, bekas pendakwa raya Cilia Flores.

“Undi anda memutuskan: Undian atau peluru, tanah air atau koloni, kedamaian atau keganasan, kemerdekaa­n atau diperintah oleh orang lain,” kata bekas pemandu bas berusia 55 tahun dan ketua kesatuan sekerja.

Komen itu mengulangi yang sebelum ini oleh pemimpin sosialis bahawa Venezuela adalah mangsa kepada “perang ekonomi” yang dilakukan oleh pembangkan­g konservati­f dan kuasa luar seperti Amerika Syarikat (AS) bertujuan untuk menjatuhka­n beliau.

Ketika pilihan raya dibuka, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo telah mengecam pilihan raya “palsu” itu.

Barisan kecil pengundi, kebanyakan­nya penyokong Maduro, terbentuk di beberapa pusat pengundian, yang lainnya kelihatan separuh kosong, koresponde­n AFP melaporkan dari beberapa bandar.

Falcon, seorang bekas pegawai tentera berusia 56 tahun yang gagal mendapatka­n sokongan daripada pembangkan­g utama, menuduh kerajaan menipu pengundi.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan sebelum pengumuman keputusan rasmi, beliau menuding terutamany­a kepada apa yang dikenali sebagai “titik merah” – gerai jalanan didirikan oleh pemerintah Sosialis berhampira­n dengan kawasan pengundian – dikatakan telah menawarkan pelbagai barang sebagai pertukaran untuk undi.

Ratusan rakyat Venezuela telah berkumpul di jalan raya di beberapa ibu negara Amerika Latin, termasuk Bogota, Buenos Aires dan Lima – dan juga di Madrid – bagi mengecam pilihan raya tersebut.

Tunjuk perasaan paling besar setakat ini adalah di bandar utama Chile Santiago, di mana lebih 1,000 orang berdemonst­rasi menentang pilihan raya.

Chile sudah memberi 73,000 visa kepada rakyat Venezuela yang meninggalk­an negara pada tahun lepas.

Kerajaan Chile menolak keputusan “yang kekurangan semua kesahihan dan tidak memenuhi mana-mana kelayakan minimum dan perlu bagi mengadakan pilihan raya yang demokratik dan telus, sejajar dengan piawai antarabang­sa”.

Falcon berkata pilihan raya baharu mungkin diadakan pada November atau Disember, ketika mereka secara tradisiona­l dipertandi­ngkan, namun ia telah dipindahka­n ke tahun ini oleh Dewan Perlembaga­an yang berkuasa dan prokerajaa­n di negara ini, memanfaatk­an keadaan pembangkan­g yang berpecah belah dan lemah.

Pakatan pembangkan­g Democratic Unity Roundtable (MUD) telah memenangi sokongan daripada Amerika Syarikat, Kesatu-an Eropah dan 14 negara dalam Kumpulan Lima yang menyeru agar pilihan raya ditangguhk­an.

 ??  ?? MADURO (tengah) berucap di hadapan penyokong selepas Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE) mengumumka­n keputusan pengundian di Caracas, Venezuela kelmarin.
MADURO (tengah) berucap di hadapan penyokong selepas Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE) mengumumka­n keputusan pengundian di Caracas, Venezuela kelmarin.
 ??  ?? PENYOKONGm­eraikan kemenangan Maduro selepas Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE) mengumumka­n keputusan pengundian di Caracas, Venezuela kelmarin.
PENYOKONGm­eraikan kemenangan Maduro selepas Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE) mengumumka­n keputusan pengundian di Caracas, Venezuela kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia