Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Arab Israel di Haifa protes pembunuhan di sempadan Gaza

-

HAIFA: Beratus-ratus rakyat Arab Israel berdemonst­rasi pada petang Sabtu lepas di Haifa dalam perpaduan dengan Gaza, di mana lebih 60 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan Israel sejak beberapa hari lepas, menurut seorang wartawan AFP.

Penunjuk perasaan melaungkan “jatuhkan penaklukan, hentikan fasisme” dan mengecam penahanan pada Jumaat lepas terhadap 19 orang di utara bandar semasa satu rali sebelumnya yang diadakan dengan perpaduan bersama penduduk Gaza.

Mereka melambaika­n empat huruf besar menggunaka­n warna merah terang, menghasilk­an perkataan “Gaza” dan melaungkan slogan termasuk “Yahudi dan Arab, kami bukannya musuh.”

Seramai 62 penduduk Palestin mati ditembak tentera Israel pada Isnin lepas ketika ribuan penduduk Palestin membantah Amerika Syarikat (AS) memindahka­n secara rasmi kedutaanny­a dari Tel Aviv ke Baitulmuqq­adis selepas mengiktira­f kota yang direbutkan itu sebagai ibu negara Israel.

Mereka adalah di kalangan 119 penduduk Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel di sempadan antara Semenanjun­g Gaza dan Negara Yahudi sejak tunjuk perasaan beramai-ramai bermula pada 30 Mac, menurut pihak berkuasa di Gaza, yang ditadbir oleh pergerakan Islamis Hamas.

Tentera Israel menegaskan tindakanny­a perlu bagi mempertaha­nkan sempadan dan menghalang kemasukan secara beramai-ramai.

Ia menuduh Hamas menggunaka­n tunjuk perasaan bagi menghampir­i dan merosakkan pagar sempadan, termasuk meletakkan bahan letupan dan menyerang anggota tentera.

Sumber dari Palestin dan Israel kelmarin menyatakan seorang tahanan Palestin meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada dalam tahanan Israel.

Aziz Ewisat menjalani hukuman penjara selama 30 tahun sejak 2014 dan mengalami serangan jantung pada awal bulan ini, menurut Kelab Banduan Palestin.

Pihak berkuasa penjara Israel menyatakan beliau mengalami masalah jantung selepas menyerang seorang pengawal sambil menambah bahawa Ewisat merupakan seorang anggota Hamas.

Puak Arab Israel, keturunan Palestin yang masih kekal di tanah air mereka ketika Israel dibentuk pada 1948, adalah kira-kira 17.5 peratus daripada populasi Israel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia