Utusan Borneo (Sabah)

12 orang awam korban serangan di pasar Mali

-

BAMAKO: Sekurangku­rangnya 12 orang awam terkorban di utara Mali dalam satu serangan ke atas sebuah pasar yang turut melibatkan penembakan seorang anggota tentera Mali, menurut sumber ketenteraa­n kelmarin.

Serangan berlaku pada Sabtu lepas di pekan Boulekessi berhampira­n sempadan dengan Burkina Faso.

“Pasukan tentera Mali di bawah arahan G5 Sahel telah berada di tengahteng­ah insiden ini,” seorang sumber daripada pasukan tentera gabungan lima negara Sahel memberitah­u AFP.

“Salah seorang anggota tentera telah diserang oleh seorang lelaki bersenjata di pasar di Boulekessi. Selepas itu, dalam keadaan yang masih belum jelas lagi, sekurang-kurangnya 12 orang awam di kawasan itu telah dibunuh,” menurut sumber.

Seorang sumber ketenteraa­n Mali menambah bahawa ia adalah sukar untuk menghubung­i wilayah tersebut melalui panggilan telefon dan bahawa satu siasatan sedang dilakukan “bagi memastikan jumlah sebenar orang awam yang terbunuh dan siapa yang menembak anggota tentera itu”.

Ketika dihubungi oleh AFP, seorang bekas menteri Mali, yang datang dari wilayah, menyatakan bahawa beberapa saksi telah mengakui insiden adalah disebabkan oleh “kesilapan” tentera dan bahawa “lebih 15 orang awam telah terbunuh.”

“Menurut dua saksi, seorang lelaki bersenjata telah menembak seorang anggota tentera Mali yang sekarang sedang bertarung nyawa,” menurut bekas menteri tersebut, sambil menambah bahawa beliau sedang menunggu bagi pengesahan maklumat mengenai insiden tersebut.

Pihak tentera Mali sering dituduh melakukan tangkapan sewenangwe­nangnya dan melaksanak­an hukuman mati luar kehakiman dalam perjuangan­nya menentang pejuang jihad di bahagian utara negara.

Perancis telah campur tangan dari segi ketenteraa­n di Mali pada 2013 bagi membantu pasukan tentera kerajaan menghalau pejuang jihad yang dikaitkan dengan al-Qaeda dari utara.

Namun sebahagian besar di negara ini masih kekal tanpa undangunda­ng di sebalik satu perjanjian damai yang ditandatan­gani dengan pemimpin etnik Tuareg semasa pertengaha­n 2015 bertujuan untuk meng- asingkan pejuang jihad. Keganasan turut melimpah sehingga ke kedua-dua negara Burkina Faso dan Niger.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia