Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti Islam Texas ratapi kematian pelajar Pakistan

-

STAFFORD: Komuniti Islam telah berkumpul untuk berdoa kelmarin ketika upacara pengebumia­n seorang pelajar pertukaran Pakistan berusia 17 tahun yang terbunuh dalam kejadian tembakan beramairam­ai di sekolah tinggi di tenggara Texas.

Kira-kira 1,000 orang, ramai yang asal-usulnya dari Pakistan dan memakai pakaian tradisiona­l Islam, berhimpund­i sebuah pusat Islam di Stafford bagi menghormat­i Sabika Sheikh, yang jenazahnya telah dibawa dengan kereta jenazah ke upacara yang suram dari Santa Fe, pekan luar bandar kecil berhampira­n di mana seorang pelajar telah membunuh 10 orang termasuk lapan pelajar.

Antara mereka yang berkabung adalah sepupu kepada remaja tersebut yang menetap di Amerika Syarikat (AS). Beliau menyatakan ahli keluarga Sabika berasa benarbenar kecewa.

“Keluarga di kampung asal, kami telah berhubung dengan mereka. Mereka telah menangis sepanjang masa. Ibu beliau berada dalam keadaan penafian buat masa sekarang,” Shaheera al-Basid, seorang pelajar graduan di bandar utama AS Washington, memberitah­u AFP ketika upacara pengebumia­n.

“Ia adalah satu perkara yang mengejutka­n di mana kami memerlukan seluruh hidup kami untuk berdepan dengannya,” tambah wanita berusia 26 tahun itu.

Kaum lelaki berkumpul dalam beberapa barisan untuk melakukan sembahyang perkabunga­n tradisiona­l ketika keranda Sabika, yang ditutupi dengan bendera hijau dan putih Pakistan, telah dibawa ke sebuah santuari kecil dan padat.

Sabika telah dijangka akan pulang ke negara asalnya dalam masa beberapa minggu lagi, sempena menyambut Aidilfitri, cuti yang menandakan berakhirny­a bulan mulia umat Islam bulan Ramadan.

“Ia adalah satu kejutan, ia sangat menyedihka­n,” kata seorang ejen hartanah Ike Samad, 67, yang dilahirkan di Pakistan namun telah menetap di sini sepanjang kehidupan dewasa beliau dan membesarka­n anak-anaknya sebagai rakyat AS.

“Saya datang ke sini juga seperti beliau, sebagai seorang pelajar,” katanya. “Tuhan menghalang kejadian itu mungkin berlaku kepada saya ketika saya ber-ada di sini. Sebagai seorang ibu bapa, ia adalah sangat mengecewak­an.”

Samad turut menyuaraka­n ironi yang menyakitka­n bahawa seorang wanita muda dari sebuah negara yang ramai rakyat AS kaitkan dengan perang terhadap keganasan dalam kejadian susulan serangan 11 September, 2001 telah terbunuh di negara yang jutaan orang lihat sebagai benteng kebebasan.

Serangan itu merupakan satu “tragedi, dan tragedi kadangkala mengajar kami erti kehidupan,” jelas beliau. “Namun ia turut dikunjungi semula, dan dalam kes ini sangat rapat hingga ke sini.”

Beberapa remaja PakistanAm­erika turut menghadiri upacara pengebumia­n, Danyal Zakaria dari Sugar Land, Texas.

Gadis berusia 17 tahun itu menyatakan ia “benar-benar mengejutka­n” di mana seorang pelajar pertukaran de-ngan usianya akan terbunuh dalam pertumpaha­n darah kejam di sebuah sekolah AS.

“Negara ini terkenal sebagai selamat,” kata beliau. “Sekiranya AS tidak selamat, maka di mana lagi?”

 ??  ?? PENUNJUK perasaan memegang plakad semasa upacara pengebumia­n pelajar Pakistan, mangsa penembakan di Sekolah Tinggi Santa Fe, di Stafford, Texas kelmarin.
PENUNJUK perasaan memegang plakad semasa upacara pengebumia­n pelajar Pakistan, mangsa penembakan di Sekolah Tinggi Santa Fe, di Stafford, Texas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia