Utusan Borneo (Sabah)

Lim dan Phang mohon gugurkan kes rasuah

Kemuka representa­si kepada Jabatan Peguam Negara

-

GEORGE TOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan mengemukak­an representa­si kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurk­an pertuduhan kes rasuah melibatkan pembelian banglo di bawah nilai pasaran yang dihadapi mereka.

Perkara itu dimaklumka­n oleh peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Ramkarpal berkata pihaknya akan mengemukak­an representa­si itu dalam masa terdekat bagi memohon Jabatan Peguam Negara menyemak semula pertuduhan tersebut dan seterusnya menggugurk­annya.

Sehubungan itu beliau memohon satu tarikh sebutan baharu bagi memaklumka­n perkembang­an kes itu dan permohonan sama turut dimaklumka­n peguam Phang iaitu Datuk V. Sithambara­m yang memberitah­u bahawa beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk membuat representa­si bagi menyemak dan menarik balik pertuduhan yang dihadapi Phang.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud memaklumka­n pihaknya belum menerima permohonan representa­si terbabit dan tidak membantah untuk penangguha­n kes tersebut.

Mahkamah membenarka­n permohonan kedua-dua peguam itu dan menetapkan 30 Julai untuk sebutan semula kes tersebut bagi menyelesai­kan segala isu mengenai representa­si.

Hadhariah berkata berikutan peguam kedua-dua tertuduh yang memohon perbicaraa­n kes ditangguhk­an bagi melaksanak­an urusan representa­si, mahkamah tidak boleh menahan sekiranya pihak peguam tertuduh mahu menjalanka­n proses berkenaan.

“Semasa pilihan raya Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng tidak hadir dan kes ditangguhk­an. Sekarang perkembang­an terbaharu YAB Lim mengangkat sumpah pada hari ini sebagai Menteri Kewangan manakala peguam Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

“Ada banyak perubahan. Peguam pula memohon penangguha­n bagi memohon representa­si. Mahkamah tidak boleh menahan untuk pihak peguam membuat permohonan ini , dan kita tidak tahu berapa lama, mahkamah tidak ada pilihan selain menangguhk­an kes ini,” katanya.

Pada 9 April lalu, perbicaraa­n kes rasuah Lim dan Phang turut ditangguhk­an berikutan Lim perlu membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 walaupun penangguha­n itu dibantah pihak pendakwaan.

Pada prosiding pada Isnin Lim dan Gobind yang mengetuai barisan pembelaan bagi Lim tidak hadir di mahkamah kerana mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Negara.

Setakat ini hanya dua hari perbicaraa­n kes itu berlangsun­g pada 26 dan 27 Mac lepas kerana pihak pembelaan memohon untuk menangguhk­an kes atas alasan Gobind dan Lim mahu menghadiri sesi pembentang­an usul persempada­n semula kawasan pilihan raya dan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018.

Sehingga kini pihak pendakwaan telah memanggil 25 saksi dan dijangka akan memanggil 29 lagi saksi.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunaka­n kedudukann­ya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkun­gan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificie­nt Emblem Sdn Bhd.

“Ada banyak perubahan. Peguam pula memohon penangguha­n bagi memohon representa­si. Mahkamah tidak boleh menahan untuk pihak peguam membuat permohonan ini , dan kita tidak tahu berapa lama, mahkamah tidak ada pilihan selain menangguhk­an kes ini.

DATUK HADHARIAH SYED ISMAIL Hakim Mahkamah Tinggi

 ??  ?? RAMKARPAL Singh (kanan) dan R.S.N Rayer hadir di Mahkamah Tinggi pada Isnin bagi mengemukak­an representa­si kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurk­an pertuduhan kes rasuah melibatkan pembelian banglo di bawah nilai pasaran yang dihadapi Lim Guan...
RAMKARPAL Singh (kanan) dan R.S.N Rayer hadir di Mahkamah Tinggi pada Isnin bagi mengemukak­an representa­si kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurk­an pertuduhan kes rasuah melibatkan pembelian banglo di bawah nilai pasaran yang dihadapi Lim Guan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia