Utusan Borneo (Sabah)

Kes suri rumah salah guna RM4.9 juta dipindah ke Mahkamah Sesyen

-

PETALING JAYA: Kes seorang suri rumah yang didakwa atas sembilan pertuduhan menyalahgu­nakan harta dan menyembuny­ikan wang berjumlah RM4.9 juta tahun lalu, dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen pada Isnin.

Majistret Norshahira­h Abd Salim membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin untuk memindahka­n kes Chang Lin San, 34, ke Mahkamah Sesyen kerana melibatkan jumlah kerugian yang tinggi.

Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azwarnida Affandi, Chang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgu­nakan harta dengan mengeluark­an wang berjumlah RM1,555,168.08 milik Ong Khoon Hong daripada akaun CIMB Bhd. dan Hong Leong Bank Bhd. bagi pembelian sebidang lot tanah di Kuala Lumpur.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di One South Mall, Serdang Perdana, Selangor antara 22 Dis 2017 dan 12 Jan lepas mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Chang juga mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan menolong menyembuny­ikan harta berjumlah RM3,378,191 milik lapan buah syarikat.

Mengikut kesemua pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun CIMB dan Hong Leong Islamic miliknya antara Ogos dan Okt 2017 mengikut Seksyen 424 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia