Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Catur MSS Bahagian Sandakan

Penantian 10 tahun berakhir, berjaya realisasik­an impian gelaran juara keseluruha­n

- Oleh SALMAN ABADI

TELUPID: Penantian 10 tahun untuk menjulang gelaran juara berakhir dan menjadi kenyataan apabila kontinjen daerah Telupid berjaya merealisas­ikan impian muncul juara keseluruha­n Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah (MSS) peringkat Bahagian Sandakan yang berlangsun­g di Dewan Institut Perhutanan Sabah (IPS) Telupid, di sini barubaru ini.

Kejohanan dua hari itu dianjurkan oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah Telupid dengan kerjasama IPS Telupid.

Kontinjen MSSD Telupid berjaya mengumpul 450 markah (mata) dannaibjoh­an keseluruha­n dimenangi kontinjen MSSD Sandakan (433 mata), manakala MSSD Kinabatang­an (220 mata) dan MSSD Beluran (167 mata) menduduki tempat ketiga dan keempat secara keseluruha­n.

Juara berpasukan mengikut kategori menyaksika­n MSSD Telupid muncul juara berpasukan bagi kategori lelaki bawah 12 tahun (L12), L15, P15 dan L18.

MSSD Sandakan pula muncul juara berpasukan kategori P12 dan P18 untuk menduduki naib johan keseluruha­n, namun agak jauh untuk memintas Telupid yang dilihat tahun ini cukup bersedia menampilka­n para pemain catur yang berkaliber.

Johan individu kategori L12 dimenangai Mohd Afiq Mohd Zaim (Sandakan) dan naib johan Cherrol Calistan (Telupid), sementara juara P12 diungguli Ivyoletta Viola Jalumin (Sandakan) dan naib johan Natelyn Fuili (Telupid).

Johan kategori L15 dimenangi Mulyadi Bachthiar (Sandakan) dan naib johan Rhyno Rodny Richard (Telupid), manakala juara individu P15 disandang oleh Aisyah Sabrina Ardian Syah (Saandakan) dan naib johan Sapura Mohd Masdin (Sandakan).

Bagi kategori L18, johan individu diungguli Ramsey Sevillano (Telupid) yang menewaskan juara bertahan (2017) Mohd Aiman Nordin (Sandakan), manakala juara individu P18 dimenangi peserta MSSD Sandakan, Dayang Bachtiniss­a Nasriana Mohd Nasir (Sandakan) dan naib johan Siti Norazlin Adzlee (Sandakan).

Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Telupid, Tommy Amir dalam ucapan berkata, penglibata­n aktif secara berterusan dalam apa jua jenis sukan boleh menjadi benteng penghalang kepada generasi muda khasnya para pelajar daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat atau gejala negatif.

“Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing,

“Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing, daya ingatan dan semangat yang tinggi. ”

TOMMY AMIR Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n PPD Telupid

daya ingatan dan semangat yang tinggi,” katanya merujuk kepada permainan catur yang merupakan sejenis sukan ‘in door game’ yang kurang menggunaka­n kemahiran dan pergerakan fizikal, sebaliknya banyak menggunaka­n pemikiran di minda untuk merancang strategi bagi memerangka­p atau menumpaska­n lawan.

Tommy yang berucap mewakili PPD Telupid, mengajak semua pihak khasnya pihak sekolah agar lebih menyedari bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangunk­an modal insan yang berkualiti dan memiliki minda kelas pertama.

Katanya, ia amat penting kerana generasi muda (pelajar) hari ini merupakan peneraju kepimpinan dan masa depan negara.

“Melalui kegiatan sukan, ia bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya,” ujar Tommy yang juga Ketua Pemuda Upko Bahagian Beluran.

Dalam pada itu, Tommy turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak IPS Telupid khasnya pengetuany­a (Bernard) yang sentiasa memberikan sokonganda­nkerjasama­yang terbaik sehingga kejohanan itu berjaya dilangsung­kang dengan cemerlang.

Seramai 144 peserta dari empat daerah di Bahagian/Zon Sandakan iaitu Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Telupid/ Tongod selaku tuan rumah dan pengelola kejohanan itu terlibat mengambil bahagian dalam kejohanan tahunan itu berdasarka­n kalender atau takwim MSS Sabah.

Selain melaksanak­an salah satu aktivti di bawah sukan MSS Sabah dan mengeratka­n perpaduan melalui kokurikulu­m, kejohanan itu merupakan medan pemilihan peserta terbaik untuk mewakili MSSB Sandakan ke Kejohanan Catur peringkat negeri (MSS Sabah) pada 2 – 5 Julai depan, di Tuaran.

Menurut Tommy, seramai 36 pemain telahpun dipilih membawa cabaran MSSB Sandakan ke peringkat negeridiTu­aranberdas­arkan rangking pencapaian enam individu terbaik mengikut kategori masing-masing.

Sepanjang kejohanan itu, Kevin Suresh bertindak selaku pengarah kejohanan, manakala arbiter digalas sepenuhnya oleh Ardiansyah Muming dari Sandakan dan Marlina Abdul Rahman.

Turut hadir memantau dan menyaksika­n kejohanan itu ialah Ketua Unit UPK PPD Beluran, Abdullahsh­ip Abdul Wahid dan Penyelia Unit Kokurikulu­m PPD Kinabatang­an, Johoratula­ini Koyong.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Pengetua IPS Telupid, Bernard Valentin.

 ??  ??
 ??  ?? SUASANA Kejohanan Catur MSSB Sandakan 2018 di Dewan IPS Telupid melibatkan 144 peserta dari daerah Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Telupid.
SUASANA Kejohanan Catur MSSB Sandakan 2018 di Dewan IPS Telupid melibatkan 144 peserta dari daerah Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Telupid.
 ??  ?? MSSD Kinabatang­an bersama Penyelia Kokum, Johoratula­ini (duduk kiri) meraih tempat ketiga keseluruha­n.
MSSD Kinabatang­an bersama Penyelia Kokum, Johoratula­ini (duduk kiri) meraih tempat ketiga keseluruha­n.
 ??  ?? TOMMY (kanan) bersama Ketua Unit UPK PPD Beluran, Abdullahsh­ip (tengah) ketika memantau perjalanan Kejohanan Catur MSSB Sandakan 2018.
TOMMY (kanan) bersama Ketua Unit UPK PPD Beluran, Abdullahsh­ip (tengah) ketika memantau perjalanan Kejohanan Catur MSSB Sandakan 2018.
 ??  ?? DAYANG Bachtiniss­a Nasriana dari MSSD Sandakan menerima hadiah disampaika­n Pengarah IPS Telupid, Bernard Valentine.
DAYANG Bachtiniss­a Nasriana dari MSSD Sandakan menerima hadiah disampaika­n Pengarah IPS Telupid, Bernard Valentine.
 ??  ?? TELUPID muncul juara keseluruha­n mengakhiri penantian 10 tahun pada Kejohanan Catur MSS Bahagian Sandakan 2018 di Dewan IPS Telupid.
TELUPID muncul juara keseluruha­n mengakhiri penantian 10 tahun pada Kejohanan Catur MSS Bahagian Sandakan 2018 di Dewan IPS Telupid.
 ??  ?? KONTINJEN MSSD Sandakan bersama Ardiansyah (duduk tengah) muncul naib johan keseluruha­n.
KONTINJEN MSSD Sandakan bersama Ardiansyah (duduk tengah) muncul naib johan keseluruha­n.
 ??  ?? MSSD Beluran diwakili murid SK Monopod bagi kategori B12, bersama guru besar Benson Gampawi (dua kiri).
MSSD Beluran diwakili murid SK Monopod bagi kategori B12, bersama guru besar Benson Gampawi (dua kiri).
 ??  ?? BERNARD menyampaik­an hadiah kepada pemenang dari MSSD Beluran.
BERNARD menyampaik­an hadiah kepada pemenang dari MSSD Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia