Utusan Borneo (Sabah)

Takraw wanita azam sapu emas Sukma

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sepak takraw Sabah berazam untuk menyapu bersih kesemua empat pingat emas yang ditawarkan dalam persaingan kategori wanita di Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

Temasya sukan terunggul negara edisi Ke-19 itu dijadualka­n berlangsun­g di Perak bermula 12-22 September hadapan.

Presiden Persatuan Sepaktakra­w Negeri Sabah (ASTAKA) Datuk Awg Sham Haji Amit memberitah­u, Sabah selaku juara bertahan kategori berpasukan (tiga regu), acara regu (tiga pemain) dan acara beregu (dua pemain), juga menaruh harapan tinggi untuk menjuarai acara baharu iaitu acara kuadran (empat pemain).

“Kita telah melakukan persiapan rapi sejak tiga bulan lalu dan akan diteruskan sehingga ke hari kejohanan,” jelas beliau semasa menerima Lawatan Rasmi Menteri Belia dan Sukan Sabah; Frankie Poon di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di Likas pada Isnin.

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) Datuk Louis Rampas, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Datuk Awg Damit Haji Ag Anak serta pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) Terrence E. Pudin.

“Latihan pasukan wanita kita (Sabah) akan diteruskan di Nakhon Pathom, Selatan Negara Thai selama 21 hari di sana bermula 23 Mei hingga 12 Jun.

“Pasukan wanita negeri ini akan kembali untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan akan kembali semua ke Negara Thai pada 20 Jun untuk meneruskan latihan sehingga ke hujung bulan Julai.

“Pasukan itu yang mana terdiri dari 15 pemain akan dipimpin oleh pengurus pasukan Roslie Ibrahim bersama Malai Effendy Malai Muhammad,” kata Awg Sham.

“Hanya pasukan wanita akan berlatih di Negara Thai kerana mereka mengikuti kesemua acara, dan pasukan lelaki yang mana dianggotai oleh 10 pemain hanya akan menyertai acara pilihan, dan mereka akan berlatih di negeri ini.

“Saya yakin komitmen para pegawai dan jurulatih dan ditambah dengan sokongan padu KBSS dan MSNS, yang mana boleh dikatakan 90 peratus permintaan kita, kita dapat, mengharusk­an kita untuk melakukan yang terbaik untuk memastikan sekurangku­rangnya kita memenangi empat pingat emas. Kita berharap semuanya akan berjalan baik dan lancar.

“Kita juga sudah menang dua dari tiga sirkit kebangsaan di Kuala Lumpur, Sirkit `Road to Sukma’, yang mana sirkit pertama dua regu kita berjaya memasuki perlawanan akhir, manakala sirkit kedua Sabah menentang Terengganu. Sirkit terakhir akan berlangsun­g dalam bulan Ogos,” tambah beliau.

“Pada Sukma yang lalu, kita pergi ke Ranau dan Keningau untuk berlatih. Tapi kali ini, kita tidak ke Keningau sebab kita ada pemain berasal dari sana dan ibu bapa mereka ada di sana. Ini boleh mengganggu sesi latihan.

“Oleh itu, kita bawah semua pemain ke Ranau. Semua pemain agak jauh dari keluarga, jadi mereka boleh memberi sepenuh tumpuan.

“Namun begitu, kita memberikan mereka ruang masa yang cukup untuk mereka berhubungi dengan ahli keluarga mereka setiap hari, dan kita juga melawat latihan mereka sambil membantu kebajikan yang perlu,” jelas Awg Sham lagi.

Senarai pemain wanita Sabah ke Negara Thai terdiri daripada Nadillatul Rosmahani Saidin, Ellzah Blanda @ Bahari, Siti Zulaiha Zain, Mardiana Sharifuddi­n, Madziatul Rosmahani Saidin, Elija Thomas, Nur Fateha Rossli, Siti Hadinavill­ah Jumidil, Roslina Aloysius, Lianah Arip, Juraidah Suan, Nur Faizah Mohamad, Kamisah Khamis, Razmah Anam dan Nurfaezahn­i Masri.

Selain Rosli dan Malai Effendy, para pegawai yang turut serta ialah Daut Amba dan jurulatih import dari Negara Thai; Suthep Chantranus­orn, serta Cheapron; Rainah Arip dan penyelaras MSNS Dayang Siti Anne Nooraini Abu Bakar.

 ??  ?? AWANG Sham (belakang enam dari kanan), Awang Damit, Frankie, Louis dan Terrence bersama para pegawai dan pelatih Sukma Sabah semasa sesi latihan di KSKK Likas pada Isnin.
AWANG Sham (belakang enam dari kanan), Awang Damit, Frankie, Louis dan Terrence bersama para pegawai dan pelatih Sukma Sabah semasa sesi latihan di KSKK Likas pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia