Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia puas hati

Kutip mata penuh benam Russia dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Thomas

-

BANGKOK: Pengurus pasukan Piala Thomas Malaysia Datuk Ng Chin Chai berpuas hati dengan persembaha­n anak buahnya yang berjaya membenam Russia 5-0 dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Thomas pada Isnin.

Menurutnya, pasukan badminton negara telah membariska­n pemainpema­in terkuatnya untuk memastikan Malaysia berjaya mengutip mata penuh dalam perlawanan yang berlangsun­g di Impact Arena.

“Kita menampilka­n barisan terkuat kerana kita mahukan mata penuh dan tidak mahu sebarang kejutan daripada perlawanan dengan Russia,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan antara Malaysia dan Russia, pada Isnin.

Kata beliau, pemain muda seperti perseorang­an kedua negara Lee Ji Zia dan pemain beregu kedua kebangsaan, Aaron Chia telah beraksi dengan baikdanmen­yumbang mata penting kepada pasukan negara.

Chin Chai turut memuji aksi yang ditonjolka­n oleh pasangan beregu utama negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang berjaya menewaskan bekas juara beregu Kejohanan All England pada 2016 Vladimir Ivanov dan Ivan Sozonov.

“Ia adalah kemenangan yang menaikkan semangat mereka serta pasukan. Ia adalah sesuatu yang amat baik kepada mereka,” katanya dan menambah, pasukan negara sudah hampir pasti untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

V Shem dan Wee Kiong menumpaska­n bekas juara All England itu dengan catatan mata 21-18 dan 21-19.

Berhubung perlawanan peringkat kumpulan terakhir menentang Denmark Rabu ini, Chin Chai berharap pasukan negara dapat mencipta kejutan bagi memastikan laluan yang lebih mudah pada peringkat suku akhir.

Sementara itu, pemain perseorang­an utama negara Datuk Lee Chong Wei berkata, pasukan negara tidak mengambil mudah perlawanan hari ini bagi memastikan mereka berjaya mencapai keputusan 5-0.

Kemenangan pada Isnin tanpa mengugurka­n sebarang set, menurutnya telah meningkatk­an keyakinan pemain-pemain negara terutamany­a dalam menghadapi perlawanan penting menentang Denmark Rabu ini.

“Kita memang harap menang 5-0 pada hari ini untuk meningkatk­an keyakinan pemain-pemain bagi menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.

Chong Wei menang mudah terhadap saingan daripada Russia Vladimir Melkov 21-9 dan 21-6 dalam perlawanan yang hanya berlangsun­g selama hampir 30 minit.

Wee Kiong pula ketika ditemui berkata, setiap pemain berusaha bersungguh­sungguh bagi memastikan setiap mata itu berjaya dimiliki negara.

Malaysia akan bertemu Algeria dalam saingan peringkat kumpulan Piala Thomas seterusnya hari ini.

“Kita menampilka­n barisan terkuat kerana kita mahukan mata penuh dan tidak mahu sebarang kejutan daripada ” perlawanan dengan Russia.

Datuk Ng Chin Chai Pengurus pasukan Piala Thomas Malaysia

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PEMAIN perseorang­an lelaki negara Datuk Lee Chong Wei (kanan) mengutip mata pertama negara dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Thomas 2018 menentang Russia selepas menewaskan Vladimir Molkov 21-9 dan 21-6 di Impact Arena pada Isnin.
- Gambar BERNAMA PEMAIN perseorang­an lelaki negara Datuk Lee Chong Wei (kanan) mengutip mata pertama negara dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Thomas 2018 menentang Russia selepas menewaskan Vladimir Molkov 21-9 dan 21-6 di Impact Arena pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia