Utusan Borneo (Sabah)

Erat kesatuan, perpaduan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Kuala Penyu meriah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PERAYAAN

Pesta Kaamatan peringkat daerah Kuala Penyu disambut meriah dengan pelbagai acara kebudayaan sebagai pengisian dalam suasana harmoni dan muhibah.

Orang ramai membanjiri kawasan Dewan Dato Shahbandar Makang seawal jam 8 pagi untuk mengambil bahagian serta menyaksika­n acara-acara yang dipertandi­ngkan.

Perayaan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk Limus Jury.

Acara kemuncak adalah pertanding­an Unduk Ngadau yang dimenangi Winanita Angang, 22, dari Zon Bundu, manakala tempat kedua Raynie Raymond Juri, 18, dari Zon Melampai.

Dalam ucapannya, Limus berharap agar Pesta Kaamatan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh rakyat pelbagai kaum untuk mengeratka­n kesatuan dan perpaduan.

Pada masa yang sama, beliau berharap agar perayaan itu menjadi pentas bagi mengetenga­hkan keunikan budaya tempatan untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke daerah ini.

“Saya juga berharap agar kita semua terus memelihara warisan budaya bangsa untuk diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya.

Beliau turut mengajak rakyat mensyukuri keamanan dan keharmonia­n negara dan negeri ini yang membolehka­n penganjura­n pelbagai acara kebudayaan dengan meriah.

Oleh itu katanya, rakyat perlu memanfaatk­an sepenuhnya peluang dan kesempatan itu untuk mengangkat kembali kebudayaan yang diwarisi sejak turun-temurun.

“Inilah sebenarnya kekuatan masyarakat kita yang masih kaya dengan warisan seni budaya yang boleh menjadi daya tarikan utama masyarakat luar untuk berkunjung ke negeri ini,” katanya.

“Rakyat perlu memanfaatk­an sepenuhnya peluang dan kesempatan itu untuk mengangkat kembali kebudayaan yang diwarisi sejak turun-temurun. Inilah sebenarnya kekuatan masyarakat kita yang masih kaya dengan warisan seni budaya yang boleh menjadi daya tarikan utama masyarakat luar untuk berkunjung ke negeri ini. ”

DATUK LIMUS JURY

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu

 ??  ??
 ??  ?? (gambar atas dan kiri) SEBAHAGIAN acara kebudayaan yang menarik perhatian pada majlis berkenaan.
(gambar atas dan kiri) SEBAHAGIAN acara kebudayaan yang menarik perhatian pada majlis berkenaan.
 ??  ?? LIMUS menyempurn­akan acara perasmian dengan menuai padi sebagai simbolik bersamasam­a tetamu kehormat dan jemputan yang lain.
LIMUS menyempurn­akan acara perasmian dengan menuai padi sebagai simbolik bersamasam­a tetamu kehormat dan jemputan yang lain.
 ??  ?? PERTANDING­AN kebudayaan tradisi mengupas kelapa turut menarik perhatian Limus dan hadirin.
PERTANDING­AN kebudayaan tradisi mengupas kelapa turut menarik perhatian Limus dan hadirin.
 ??  ?? LIMUS turut mengambil bahagian dalam acara sumazau.
LIMUS turut mengambil bahagian dalam acara sumazau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia