Utusan Borneo (Sabah)

Ketepikan sengketa politik, bersama majukan Kuala Penyu: Limus

- - Oleh KENNEDDY CORLLEUS

Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk Limus Jury menghargai dan berterima kasih kepada warga Kuala Penyu kerana memberi sokongan padu dalam Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) sehingga membawa kemenangan buat kali kedua kepadanya.

“Kemenangan saya itu adalah kemenangan kita bersama. Ia adalah kemenangan rakyat. Saya sangat menghargai dan terhutang budi kepada warga Kuala Penyu yang membolehka­n kita mencapai kemenangan yang besar,” katanya.

Berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Kuala Penyu, beliau mengajak rakyat supaya mengetepik­an persengket­aan politik sesama sendiri, sebaliknya bersama-sama beliau memajukan daerah ini.

Menurutnya, suasana politik Sabah berubah pada malam pengiraan undi 9 Mei lepas dan beliau perlu membuat pilihan dalam suasana yang kritikal pada masa itu.

Katanya, beliau bersama pucuk pimpinan tertinggi Upko telah membuat keputusan dan pilihan untuk bersama-sama gabungan parti yang mempunyai sokongan majoriti rakyat Sabah, iaitu gabungan Warisan-Pakatan Harapan (PH).

“Kita dalam Upko memutuskan menyertai gabungan ini setelah memikirkan kepentinga­n jangka panjang serta masa depan rakyat. Kita bukan melompat menyertai Warisan, tetapi kita bergabung bersama Warisan-PH.

“Peranan dan sumbangan Upko ini sememangny­a diiktiraf dan dihargai oleh kepimpinan Warisan, sebagaiman­a terbukti dengan penyertaan dua wakil rakyat Upko dalam Kabinet Negeri Sabah,” katanya.

Limus berkata dengan berada bersama kepimpinan kerajaan negeri yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutua­n, maka mudah untuk mendapatka­n bantuan, peruntukan atau pertolonga­n daripada kerajaan.

Beliau berjanji bahawa segala ikrar sepanjang kempen tempoh hari seperti terkandung dalam manifesto kecil akan tetap dilaksana dan ditunaikan.

“Saya juga akan berusaha memastikan segala projek yang dirancangk­an untuk kawasan kita ini dapat diteruskan oleh kepimpinan kerajaan negeri yang baharu. Saya yakin dan percaya, ia boleh kita jayakan kerana rakyat Kuala Penyu sentiasa berdiri bersama-sama dalam perjuangan ini,” katanya.

 ??  ?? DATIN Tracy memakaikan mahkota kepada Unduk Ngadau sambil diperhatik­an Limus.
DATIN Tracy memakaikan mahkota kepada Unduk Ngadau sambil diperhatik­an Limus.
 ??  ?? BARISAN pemenang Unduk Ngadau peringkat daerah Kuala Penyu.
BARISAN pemenang Unduk Ngadau peringkat daerah Kuala Penyu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia