Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Anugerah Kecemerlan­gan tingkat motivasi pelajar, guru

Majlis Anugerah Kecemerlan­gan tingkat motivasi pelajar, guru

-

LABUAN: Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Sekolah SMK Labuan 2018 diadakan untuk mening katkan motivasi pelajar dan guru untuk mencapai prestasi yang lebih baik.

Selain itu, objektifny­a adalah untuk memberi pengiktira­fan atas kejayaan dan pencapaian pelajar serta guru dalam bidang akademik dan hal ehwal pelajar.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik Norismah Abd Moin yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin di Dewan Mutiara SMK Labuan.

Turut hadir, Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah, Yang Dipertua PIBG SMK Labuan Haji Md Yusof Haji Chuchu dan Ketua Pegawai Eksekutif Oscenia Network Technology Sdn Bhd Dato’ Sri Haji Amir Hussien merangkap Bapa Angkat Korporat SMK Labuan.

Majlis yang bermula jam 8 pagi itu turut dihadiri Pengetua SM St Anthony Dona Undoh, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun Hajah Jijah Mohamad Suhai, Pengarah Kolej Vokasional Labuan Hajah Siti Muslihah Leeudin, Penolong Kanan Pentadbira­n SM Sains Labuan Rohana Yasin dan PK Pentadbira­n SMK Pantai IBWS Norazita Md Nor.

Hadir sama, Guru Besar SK Pekan Dua Jaafar Matusin, Guru Besar SK Pekan Satu Anita Syamini S Azman, Guru Besar SJK(C) Chi Wen Julius Voo dan Guru Besar SK Membedai Ustaz Mohd Farihi Abd Halim.

Pada majlis itu, Tokoh Sahsiah Unggul Murid (Sumur) Perdana dinobatkan kepada Kok Hui Taou, Pelajar Terbaik SPM 2017 peringkat WP Labuan dengan pencapaian sempurna 11A+.

Beliau juga aktif dalam pengawas, aktif dalam kokurikulu­m, pernah mencapai

“SMK Labuan akan terus memberi komitmen untuk meningkata­n pencapaian dalam pelbagai bidang akademik, sahsiah dan kokurikulu­m. ”

Ismail Abdullah Pengetua SMK Labuan

johan Saintis Muda Kebangsaan 2014 dan johan National Science Challenge (NSC) Kebangsaan 2016.

Sementara Pelajar Terbaik STPM 2017 WP Labuan dengan PNGK 3.92, Clarice Urun menerima Anugerah Tokoh Sahsiah Unggul Murid (Sumur) Pra Universiti.

Beliau aktif dalam kokurikulu­m peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.

Antara anugerah yang disampaika­n pada majlis itu ialah dalam bidang hal ehwal murid yang membabitka­n anugerah kepimpinan seperti Pengawas Contoh sesi pagi dan petang, Pengawas Pusat Sumber Contoh sesi pagi dan petang, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Contoh sesi pagi dan petang.

Anugerah Kurikulum Murid pula ialah pelajar yang mendapat Gred A SEGAK, pelajar yang mendapat A PAJSK, pelajar Cemerlang PT3, pelajar cemerlang Peperiksaa­n Antarabang­sa Bahasa Perancis DELF 2017, pelajar cemerlang SPM, pelajar cemerlang STPM, pelajar terbaik MUET serta pelajar terbaik keseluruha­n Tingkatan 1, 2, 4 dan 6 Rendah.

Turut disampaika­n Kurikulum Guru, Pencapaian 100 peratus dan peningkata­n peratus Panitia Dalam PT3, Pencapaian 100 peratus, peningkata­n peratus dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Panitia Dalam SPM, Pencapaian 100 peratus, dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Panitia Dalam STPM.

Dalam ucapannya, Ismail berkata jumlah pelajar yang ramai dan pelbagai tahap kemampuan merupakan cabaran besar kepada guruguru SMK Labuan untuk mencapai prestasi cemerlang dalam bidang akademik.

Katanya, komitmen guru dan ibu bapa serta kerjasama kuat antara sekolah, PIBG dan komuniti dapat meningkatk­an prestasi sekolah.

“SMK Labuan akan terus memberi komitmen untuk meningkata­n pencapaian dalam pelbagai bidang akademik, sahsiah dan kokurikulu­m, ”katanya.

Ismail tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n serta dedikasi guru-guru SMK Labuan yang mendidik murid sekolah itu.

Norismah pula dalam ucapannya, berkata majlis itu merupakan satu penjelmaan kesepaduan yang akrab terjalin antara guru, pelajar dan ibu bapa demi merealisas­ikan aspirasi dan impian para pelajar untuk mencipta kecemerlan­gan.

Oleh itu, beliau berkata janganlah dilihat majlis itu sebagai satu upacara dan keraian semata-mata.

“Lebih daripada itu, Majlis Anugerah Kecemerlan­gan merupakan satu simbolik yang memaknakan kejayaan semua pihak, iaitu individu atau entiti yang terlibat secaralang sungatau tidak langsung, dengan disedari atau tanpa disedari di sebalik jejak tapak kecemerlan­gan yang telah dirintis oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata, jadi sudah tentulah dunia pendidikan hari ini berdepan pelbagai cabaran.

Katanya, kejayaan pengurusan sekolah mendepani cabaran menjadi ukuran kepada kecekapan dan keberkesan­an mereka dalam mentadbir dan mengurus sekolah.

“Saya kira cabaran terbesar bagi seluruh warga SMK Labuan adalah untuk mengekalka­n kecemerlan­gan yang telah diraih,” katanya.

Norismah mengucapka­n tahniah kepada seluruh warga SMK Labuan iaitu barisan pentadbir, guru-guru, para pelajardan stafa tasso kongandan usaha yang ditunjukka­n dalam mencemerla­ngkan pelajar sama ada dalam bidang akademik iaitu kecemerlan­gan PT3, SPM dan STPM, kokurikulu­m serta kemenjadia­n pelajar setiap tahun.

 ??  ?? NORISMAH, Ismail (empat kanan) dan Amir (empat kiri) bersama Clarice Urun (tiga kanan) dan Kok Hui Taou (tiga kiri) serta ibu bapa mereka.
NORISMAH, Ismail (empat kanan) dan Amir (empat kiri) bersama Clarice Urun (tiga kanan) dan Kok Hui Taou (tiga kiri) serta ibu bapa mereka.
 ??  ?? DARI kiri: Yusof, Amir dan Ismail memerhatik­an Norismah merasmikan majlis berkenaan.
DARI kiri: Yusof, Amir dan Ismail memerhatik­an Norismah merasmikan majlis berkenaan.
 ??  ?? GURU besar dan pengetua merakamkan kenangan bersama Norismah, Ismail (dua kanan) dan Amir (dua kiri).
GURU besar dan pengetua merakamkan kenangan bersama Norismah, Ismail (dua kanan) dan Amir (dua kiri).
 ??  ?? IBU bapa turut memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.
IBU bapa turut memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N konsert band menyerlahk­an bakat pelajar SMK Labuan.
PERSEMBAHA­N konsert band menyerlahk­an bakat pelajar SMK Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia