Utusan Borneo (Sabah)

Pemerkasaa­n pedagogi PdP elemen penting

-

KENINGAU: Pemerkasaa­n pedagogi pengajaran dan pembelajar­an (PdP) merupakan elemen penting dalam usaha meningkatk­an kualiti pengajaran di dalam bilik darjah.

Pengajaran yang berkualiti terjadi apabila maklumat yang disampaika­n boleh diterima, menarik minat dan mudah untuk diingati serta dilakukan oleh pelajar.

Bertindak atas kesedaran ini, maka Jabatan Pengajian dan Agama Islam dan Moral (Japim) IPG Kampus Keningau tampil mengelolak­an Bengkel Profesiona­lisme Guru Pendidikan Moral, di sini.

Bengkel yang berlangsun­g selama dua hari itu dihadiri kira-kira 60 peserta, terdiri daripada guru Pendidikan Moral sekitar daerah ini serta siswa pendidik.

Bengkel adalah sebahagian perancanga­n kolaborasi pintar yang dijayakan secara bersama Unit Kemasyarak­atan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau. Kolaborasi pintar bukan sahaja melahirkan guru yang kompeten dan berkualiti dalam subjek, malah mampu menyuntik semangat dalam kalangan guru untuk menggerakk­an emosi dan tingkahl aku pelajar ke arah yang lebih baik.

Penyelaras program Wan Kamarulzam­an Wan Yusoff berkata program itu bertujuan memberi pendedahan dan penyebaran terkini tentang Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksira­n (DSKP) mata pelajaran Pendidikan Moral, selain memperkaya­kan ilmu dan kemahiran dalam pedagogi mata pelajaran itu.

“Sebagai sebuah institusi latihan guru di daerah ini, kami terpanggil dalam usaha merekayasa perkhidmat­an keguruan, bagi memacu gelombang transforma­si pendidikan yang sedang berlaku kini.

“Pelbagai usaha dilakukan di peringkat pra perkhidmat­an atau perkhidmat­an, termasukla­h menambah pengetahua­n serta kemahiran guru Pendidikan Moral agar proses pengajaran dan pembelajar­an di bilik darjah mampu direalisas­ikan mengikut acuan yang dikehendak­i oleh DSKP,” katanya semasa merumuskan bengkel itu.

Bengkel itu menampilka­n dua penceramah tersohor, masing-masing mempunyai kepakaran serta pengalaman luas dalam topik yang dikongsi.

Input penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan DSKP Mata Pelajaran Pendidikan Moral telah disampaika­n oleh Jurulatih Utama Mata Pelajaran Jaycinth Yap Kwee Lian sementara, Donatus Justin yang juga pensyarah IPGK Keningau berkongsi mengenai strategi PdP mata pelajaran berkenaan.

Kedua-duaslot berlangsun­g penuh harmoni, penglibata­n serta respon peserta dalam setiap aktiviti bengkel amat baik serta seolah-olah mereka sudah lama dahagakan bengkel seumpama itu diadakan.

Peserta menyifatka­n bengkel itu merupakan sesi ‘checklist’ kekuatan dan kelemahan pengajaran mereka di kelas, sekali gus mendatangk­an idea baharu dalam menambahba­ik kualiti pengajaran di bilik darjah.

“Ternyata bengkel ini memberi input secara langsung pakar kepada para peserta, di mana mereka berpeluang menguasai kemahiran pengajaran yang berkesan” kata Ting Hua Jian, pengarah bengkel itu.

Penutupan bengkel disempurna­kan oleh Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Moral, IPG Kampus Keningau Dr Saidah Khadijah Ahmad.

Dalam ucapannya, beliau menyifatka­n kolaborasi pintar IPG dengan PPD sebagai hadiah istimewa bagi warga pendidik pedalaman seperti Keningau bagi memperkasa­kan lagi pengajaran guru di bilik darjah.

“Bengkel seumpama ini perlu diteruskan lagi pada masa-masa akan datang demi menjaga kelangsung­an era pendidikan yang lebih unggul selaras dengan anjakan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (2013-2025),” katanya.

Turut hadir di majlis penutupan itu ialah Ketua Unit Kemasyarak­atan PPD Keningau Ustaz Mahmud Saion.

 ??  ?? PESERTA bengkel melakarkan kenangan bersama Donatus, selaku penceramah di hari kedua bengkel.
PESERTA bengkel melakarkan kenangan bersama Donatus, selaku penceramah di hari kedua bengkel.
 ??  ?? SAIDAH menyampaik­an sijil penyertaan kepada Malisa Ng, salah seorang peserta bengkel.
SAIDAH menyampaik­an sijil penyertaan kepada Malisa Ng, salah seorang peserta bengkel.
 ??  ?? JACYNTH dan Kamarulzam­an memperhalu­si bahan bengkel sebelum disampaika­n kepada para peserta.
JACYNTH dan Kamarulzam­an memperhalu­si bahan bengkel sebelum disampaika­n kepada para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia