Utusan Borneo (Sabah)

Kenal pasti punca, tanda awal

Forum kemurungan cetus fenomena mahasiswa/i UMS

-

KOTA KINABALU: Program DELETE (Depression: Lets End This Everyone) 2018 anjuran Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyertai Kursus Interaksi Institusi dan Masyarakat (Interim) Seksyen 2 berlangsun­g dengan jayanya di Bilik Seminar Anjung Siswa, UMS.

Program berkonsepk­an forum itu melibatkan 43 ahli Interim Seksyen 2 semester 2 sesi 2017/2018 yang diketuai oleh Wan Noor Khairup Bariyah Wan Murad selaku pengarah program dengan bimbingan Pensyarah Interim Seksyen 2 UMS Mohd Juhar Harun.

Tetamu jemputan seperti Arita Pijulin selakusu karelawan kaunseling, Pegawai Psikologi Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Muhammad Jumrat Minsun serta Azreel Azim Abdul Halim selaku pelajar Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgu­naan Dadah) turut sama menjayakan program berkenaan.

Perasmian program disempurna­kan oleh Mohd Juhar bagi mewakili Pengarah Pusat Kokurikulu­m dan Pembanguna­n Pelajar (PKPP) UMS Dr Hasnol Noordin.

Antara objektif program adalah untuk memberi kesedaran tentang kemurungan dalam kalangan masyarakat terutama dalam diri warga kampus UMS selain memahami secara mendalam berkaitan penyakit psikologi berkenaan.

Tujuan lain adalah memberi pendedahan tanda-tanda awal seseorang yang mengalami kemurungan, kesan-kesan kemurungan dan langkah mengatasin­ya.

Arita berkata, kemurungan bermula daripada stres dan sekiran yatidak dapat dikawal, ia boleh menyebabka­n seseorang itu mengalami gangguan yang lebih teruk.

“Kemurungan disebabkan faktor persekitar­an seseorang yang menyebabka­n dia mengumpulk­an stresnya tanpa mencari jalan penyelesai­an yang sesuai.

“Kadangkala seseorang yang mengalami kemurungan akan mengambil ubat-ubatan untuk menenangka­n dirinya. Jika masalah itu berlarutan akan menyebabka­n mereka tidak dapat berfikir dengan waras dan akhirnya menyakiti diri sendiri,” jelasnya.

Sementara, Jumrat berkata kemurungan boleh membawa kepada kes bunuh diri dan si pesakit bertindak mencederak­an orang sekeliling disebabkan pengambila­n ubat ubatan yang berlebihan.

Justeru, beliau selaku pegawai kaunseling menyatakan kesiapsiag­aan untuk membantu dan mendengar luahan hati setiap pelajar yang mengalami kemurungan sekaligus memberi jalan terbaik untuk menangani masalah yang dialami.

Sementara itu, Azreel berpendapa­t kemurungan bukan hanya disebabkan faktor persekitar­an, tetapi juga berpunca dari faktor genetik.

“Jadi, cara mengelakka­n kemurungan adalah melalui peranan agama dan usaha yang harus seiring untuk mengelakka­n kekecewaan yang berlebihan,” katanya.

Mohd Juhar juga berharap agar program berkenaan menjadi platform untuk membuka minda mahasiswa UMS yang terdiri daripada latar belakang berbeza agar sentiasa peka terhadap isuisu semasa yang berlaku di sekeliling.

Tambahnya, melalui forum sedemikian juga dapat meningkatk­an kemahiran insaniah sekaligus memupuk semangat keprihatin­an dan menyalurka­n sumbangan dari warga kampus kepada masyarakat yang memerlukan.

“Kemurungan disebabkan faktor persekitar­an seseorang yang menyebabka­n dia mengumpulk­an stresnya tanpa mencari jalan penyelesai­an yang sesuai.”

ARITA PIJULIN Sukarelawa­n kaunseling

 ??  ?? PANEL jemputan bersiap sedia untuk menyampaik­an forum berkaitan penyakit kemurungan.
PANEL jemputan bersiap sedia untuk menyampaik­an forum berkaitan penyakit kemurungan.
 ??  ?? PESERTA mendengar forum yang disampaika­n oleh panel jemputan.
PESERTA mendengar forum yang disampaika­n oleh panel jemputan.
 ??  ?? PESERTA forum merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan.
PESERTA forum merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan.
 ??  ?? MOHD Juhar (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jumrat.
MOHD Juhar (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jumrat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia