Utusan Borneo (Sabah)

‘Go Bald 2018’ di Sibu mendapat sambutan baik

-

SIBU: ‘Go Bald 2018’, acara amal tahunan bagi mengumpul dana yang dijalankan Pertubuhan Kanser KanakKanak Negeri Sarawak (SCCS) di Delta Mall Sibu telah mendapat sambutan baik.

Program tersebut menyaksika­n tiga bapa kanakkanak pesakit kanser iaitu Ling Chong Chuong, Mohd Jaffery Led dan Ng Soon Poo menjadi peserta membotakka­n kepala pada acara ‘Go Bald 2018’ di Sibu.

Orang ramai yang hadir pada acara tersebut turut memberi tepukan sokongan kepada para peserta yang mengambil bahagian pada ‘Go Bald 2018’.

Majlis perasmian acara di Sibu telah disempurna­kan Penasihat SCCS Datuk Lorna Enan Muloon.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankua­sa SCCS dan Penyelaras SCCS Sibu Pau Kiew Chuang.

Sibu menjadi lokasi kedua penganjura­n ‘Go Bald 2018’ yang kini memasuki tahun ke10 dan acara akan diteruskan di Bintulu Times Square Megamall pada 27 Mei.

Pengerusi penganjur Jocelyn Hee menerusi ucapan aluannya, berterima kasih kepada orang ramai atas kesudian memberi sokongan kepada kempen amal tahunan SCCS.

“Sejak ditubuhkan pada 1999, SCCS telah menyokong dan membantu lebih 1,100 kanak-kanak dan keluarga pesakit kanser menerusi perkhidmat­an seperti sokongan emosi dan rumah transit kepada keluarga pesakit luar.

“SCCS juga telah membantu 347 kanak-kanak dan keluarga pesakit kanser di Sibu dan kawasan sekitarnya sejak 2001,” ujarnya.

SCCS berterima kasih kepada penaja kempen ‘Go Bald 2018’ iaitu penaja venue Delta Mall, penaja penyelaras DiGi dan Tanahmas Hotel, kedai gunting rasmi Danny Hair Academy, jurugambar rasmi Snail Photograph­y dan Aaron Soon Photograph­y, rakan sokongan Apple Advertisin­g, Cass Bridal, rakan media digital iPrima Media dan Snail Advertisin­g.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Go Bald 2018’, hubungi SCCS di talian 082686276a­tau e-mel kepada events@sccs.org.my atau melayari laman web www. gobald.my atau layari laman Facebook di www.facebook. com/GoBald

 ??  ?? LORNA (dua kiri), Jocelyn (empat kiri) dan Pau (dua kanan) membotakka­n kepala bapa kanak-kanak pesakit kanser pada acara ‘Go Bald 2018’ di Delta Mall Sibu, Ahad.
LORNA (dua kiri), Jocelyn (empat kiri) dan Pau (dua kanan) membotakka­n kepala bapa kanak-kanak pesakit kanser pada acara ‘Go Bald 2018’ di Delta Mall Sibu, Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia