Utusan Borneo (Sabah)

Juanda yakin Sarawak tidak diketepi kerajaan PH

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya yakin Sarawak tidak akan diketepika­n oleh kerajaan baharu persekutua­n di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Jelas Juanda, meskipun Sarawak kini negeri pembangkan­g di bawah kerajaan PH, namun Sarawak adalah komponen utama dalam negara Malaysia.

“Sebagai sebuah kerajaan yang baharu dibentuk, bukan sesuatu yang pelik jika mereka mengambil masa untuk stabil kerana ini adalah pertama kali mereka membentuk kabinet dengan kombinasi yang pelbagai.

“Kita yakin Sarawak tidak akan diketepika­n kerana kita adalah sebahagian daripada komponen utama dalam Malaysia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Juanda, rakyat luar bandar terutama di Sarawak masih memerlukan banyak bantuan dan sokongan daripada kerajaan pusat terutama dari segi infrastruk­tur.

Justeru katanya, hubungan baik antara persekutua­n dan negeri amat penting memandangk­an persekutua­n adalah pembuat dasar serta pemegang dana.

“Saya percaya pihak kerajaan pusat akan ambil perhatian dalam perkara ini apatah lagi ia membabitka­n kepentinga­n rakyat terutama soal pembanguna­n luar bandar.

“Kita berharap mereka yang mewakili Sarawak dalam kerajaan persekutua­n akan turut berjuang untuk rakyat Sarawak agar hak Sarawak kekal terjaga,” tambahnya.

Ditanya mengenai cadangan pembentuka­n gabungan parti baharu Sarawak oleh Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Juanda berkata ia perlu disegeraka­n.

Bagaimanap­un beliau seperti pemimpin PBB dan Barisan Nasional (BN) Negeri yang lain menyerahka­n kepada kebijaksan­aan pemimpin mereka untuk membuat keputusan mengenai perkara ini.

 ?? JUANDA JAYA ??
JUANDA JAYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia