Utusan Borneo (Sabah)

Sokong usaha rintis jalan dekati Pakatan Harapan

Kerajaan negeri perlu guna semua saluran terbaik untuk meraih kerjasama daripada kerajan persekutua­n

-

MIRI: Rakyat negeri ini diminta terus menyokong usaha Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam merintis jalan terbaik untuk mendekati Pakatan Harapan (PH) agar rakyat tetap mendapat manfaat daripada kerajaan persekutua­n tersebut.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan negeri perlu menggunaka­n kesemua saluran terbaik dalam meraih kerjasama daripada kerajan persekutua­n.

“Kerjasama berkenaan penting khususnya dari segi pembanguna­n untuk negeri Sarawak,” jelasnya.

Malah katanya, kerjasama itu juga adalah tanggungja­wab kerajaan negeri untuk memastikan keperluan rakyat dapat dipenuhi.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap Adun Mulu Datuk Gerawat Gala pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Bahagian Miri 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini Sabtu malam.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Adun Telang Usan Dennis Ngau, Pengarah Unit Pentadbira­n Jabatan Ketua Menteri Antonio Kahti Galis, Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini, Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Datu Ik Pahon Joyik, Pengerusi Jawatankua­sa Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri 2018 Kapten Bernard Idit serta dif-dif kehormat yang lain.

Menurut Awang Tengah, keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini, menunjukka­n kematangan rakyat Sarawak untuk terus memilih pemimpin mereka dan dilihat bahawa rakyat masih mempunyai kepercayaa­n yang tinggi terhadap kepimpinan sedia ada sehingga calon-calon parti yang memerintah berjaya mempertaha­nkan kawasan masing-masing kecuali di beberapa kawasan.

Bagaimanap­un katanya, Sarawak masih diperintah oleh gabungan parti di bawah Barisan Nasional (BN).

“Maka dengan senario politik inilah, kita semua dituntut untuk terus melipatgan­dakan usaha memperting­katkan perpaduan dalam kalangan kaum agar terus kuat untuk memperjuan­gkan nasib rakyat di sini, walaupun kita perlu bekerjasam­a dengan kerajaan baharu PH,” katanya.

Jelas Awang Tengah, Abang Johari mempunyai cara tersendiri dalam menentukan pendirian kerjasama dengan kerajaan PH.

Terdahulu mengulas mengenai majlis berkenaan, Awang Tengah memuji usaha yang dilaksanak­an Jawatankua­sa Sambutan Gawai Dayak Bahagian Miri dengan kerjasama Pejabat Residen Miri serta dibantu 12 persatuan Dayak lain.

Kerjasama itu katanya, bukan sahaja memupuk kelestaria­n kebudayaan dan tradisi serta adat pelbagai Dayak di sini, tetapi turut membantu kecemerlan­gan pendidikan anak-anak Dayak.

“Malah, tema Gawai ‘Bersama Kita Mendukung Era Digital’ turut menepati hasrat ketua menteri kita untuk memacu pembanguna­n Sarawak menerusi ekonomi digital,” katanya.

“Kerjasama berkenaan penting khususnya dari segi pembanguna­n untuk negeri Sarawak. Kerjasama itu juga adalah tanggungja­wab kerajaan negeri untuk memastikan keperluan rakyat dapat dipenuhi. ”

DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASAN Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? KAPTEN Bernard (empat kanan) menyerahka­n tikar kepada wakil Persatuan Berawan Sarawak Datin Catherine Awing, simbolik untuk hos sambutan Gawai Dayak bagi tahun depan, sambil disaksikan Gerawat (tengah) serta tetamu kehormat yang lain.
KAPTEN Bernard (empat kanan) menyerahka­n tikar kepada wakil Persatuan Berawan Sarawak Datin Catherine Awing, simbolik untuk hos sambutan Gawai Dayak bagi tahun depan, sambil disaksikan Gerawat (tengah) serta tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia