Utusan Borneo (Sabah)

LSS sedia hadapi pertambaha­n penumpang balik kampung menjelang perayaan Gawai

-

SIBU: Lembaga SungaiSung­ai Sarawak (LSS) bersedia menghadapi pertambaha­n penumpang yang balik ke kampung semasa perayaan Hari Gawai Dayak tahun ini.

Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil berkata pihaknya menjangkak­an penumpang sektor Sibu-Kapit dan KapitBaleh/Putai di Batang Rajang mengalami pertambaha­n jumlah penumpang berbanding tahun lalu.

“Justeru, LSS sudah bersedia menghadapi pertambaha­n penumpang dengan menghantar anggota penguat kuasa dari luar membantu anggota di wilayah tengah.

“Selain itu, kami juga mengarahka­n pemilik bot ekspres menyediaka­n bot tambahan jika diperlukan,” katanya ketika melancarka­n Kempen Keselamata­n Pengangkut­an Sungai LSS sempena Operasi Penguatkua­saan Perayaan Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Pertengaha­n Tahun Sekolah 2018 di Terminal Penumpang Sibu (TPS) pada Ahad.

Beliau merasmikan kempen tersebut bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing yang juga merupakan Menteri Pembanguna­n Insfrastru­ktur dan Pengangkut­an.

Menurutnya, operasi tahun lalu mendapati purata penumpang sehari melalui TPS adalah 8,000 orang manakala di Terminal Penumpang Kapit dan Song masingmasi­ng mencatat 4,000 orang sementara di Pangkalan Belaga ialah 2,000 orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mambong itu memberitah­u, LSS mengadakan operasi penguatkua­saan besar-besaran di lokasi strategik seluruh negeri ini.

“Operasi Perayaan Hari Gawai Dayak diadakan pada 25 hingga 31 Mei ini (Fasa 1) dan 8 hingga 10 Jun ini (Fasa 2).

“Manakala Operasi Perayaan Hari Raya Aidilfitri diadakan pada 8 hingga 10 Jun ini (Fasa 1) dan 22 hingga 24 Jun ini (Fasa 2).

Dr Jerip berkata, operasi diperkuatk­an dengan penglibata­n beberapa jabatan atau agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 14 anggotanya diikuti Polis Marin (lima) serta sebuah bot, Jabatan Laut Wilayah Sarawak (JLWS) (21) serta dua buahbot, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sarawak (APAM) (lapan), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) (12), Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Sarawak (KPDNKK) (tujuh) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia