Utusan Borneo (Sabah)

Sistem e-tiket bot ekspres akan diwujudkan

-

SIBU: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Sarawak akan mewujudkan sistem e-tiket bagi memudahkan orang ramai dalam urusan membeli dan menempah tiket bot ekspres.

Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil berkata, sistem ini akan dilaksanak­an selepas ini dan ia merupakan sebahagian daripada usaha penambahba­ikan dalam pengangkut­an sungai amnya.

“Kita sedang mempertimb­angkan untuk menggunaka­n sistem digital untuk membeli atau menempah tiket bot ekspres melalui atas talian (online).

“Ini juga menunjukka­n usaha kita (kementeria­n) memodenkan pengangkut­an sungai seperti sistem yang diguna pakai untuk membeli tiket penerbanga­n seperti sekarang,” katanya pada sidang media di sini, pada Ahad.

Terdahulu, Dr Jerip mewakili Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing yang juga merupakan Menteri Pembanguna­n Insfrastru­ktur dan Pengangkut­an melancarka­n Kempen Keselamata­n Pengangkut­an Sungai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) sempena Operasi Penguatkua­saan Perayaan Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Pertengaha­n Tahun Sekolah 2018 di Terminal Penumpang Sibu.

Hadir sama ialah Pengerusi LSS Dr Murni Suhaili dan Kontroler LSS Richard Tajan.

Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mambong mahu pemilik bot ekspres mendaftar untuk memohon lesen terlebih dahulu sebelum sistem digital ini dapat dilaksanak­an.

 ??  ?? DR JERIP (depan, dua kanan) melepaskan ‘piring’ di sungai bagi menjauhkan sebarang tragedi tidak diingini berlaku kepada pengangkut­an sungai pada musim perayaan ini pada pelancaran Kempen Keselamata­n Pengangkut­an Sungai LSS di Sibu.
DR JERIP (depan, dua kanan) melepaskan ‘piring’ di sungai bagi menjauhkan sebarang tragedi tidak diingini berlaku kepada pengangkut­an sungai pada musim perayaan ini pada pelancaran Kempen Keselamata­n Pengangkut­an Sungai LSS di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia