Utusan Borneo (Sabah)

Diskrimina­si wanita, hak kanak-kanak dua isu perlu terus diperjuang­kan

-

KUCHING: Diskrimina­si wanita dan hak kanak-kanak merupakan dua isu yang perlu terus diperjuang­kan oleh kerajaan baharu persekutua­n menerusi kementeria­n yang berkaitan.

Presiden Kesatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak (SWWS) Margaret Bedus berkata isu diskrimina­si wanita merupakan topik perbincang­an utama dalam Konvensyen Penghapusa­n Semua Bentuk Diskrimina­si Terhadap Wanita (CEDAW).

Manakala isu hak kanakkanak jelas dinyatakan dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) di mana kanak-kanak tanpa mengira kewarganeg­araan mempunyai hak untuk mendapat pendidikan.

“Bagi pihak kesatuan, kami mengucapka­n tahniah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas pelantikan sebagai timbalan perdana menteri wanita pertama negara merangkap Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

“Kami berharap mereka yang dipertangg­ungjawabka­n dalam soal iniakan terus memperjuan­gkan perkara yang dibincangk­an dalam CEDAW dan CRC,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Kesatuan turut berharap kementeria­n yang berkenaan di bawah kerajaan baharu persekutua­n akan terus menganjurk­an program yang bermanfaat untuk wanita dan kanak-kanak tidak bernasib baik.

Selaras dengan tema sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini iaitu Memperkasa­kan Wanita, kesatuan amat berharap mereka yang dipertangg­ungjawabka­n dalam soal ini akan mengadakan program yang selari dengan tema ini.

Margaret turut yakin pelantikan Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri wanita pertama Malaysia akan membuka lebih banyak peluang kepada wanita di negara ini untuk menyandang jawatan tinggi dalam peringkat pembuat keputusan.

“Pelantikan Wan Azizah jelas menunjukka­n bahawa wanita juga mampu menyandang jawatan tertinggi dalam negara dan kita berharap 30 peratus wanita akan membarisi kabinet negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia