Utusan Borneo (Sabah)

Kajian tunjukkan rakyat memilih memiliki rumah daripada menyewa

-

KUALA LUMPUR: Meskipun pasaran hartanah berada dalam aliran yang berkembang selain demografi, pemikiran lama masih jelas, yang mana 92 peratus rakyat Malaysia lebih gemar untuk memiliki sendiri rumah daripada menyewa, sekiranya mereka mampu, demikian menurut kajian sentimen pengguna terbaharu, PropertyGu­ru Malaysia.

Pengurus Negara, Sheldon Fernandez, berkata sebanyak 33 peratus responden menduduki kediaman yang disewa manakala baki 67 peratus, tinggal di ‘rumah sendiri’, yang ditakrifka­n sebagai dimiliki oleh mereka yang tinggal di situ, rumah keluarga, tinggal bersama adik-beradik atau saudara mara dan kediaman bukan sewa lain.

“Walaupun kos sara hidup meningkat, kadar penolakan pinjaman yang tinggi dan harga yang tidak dimampui, ramai rakyat Malaysia, termasuk golongan muda masih menjadikan pemilikan rumah sebagai aspirasi utama gaya hidup.

“Keinginan (untuk memiliki rumah) adalah sangat tinggi dan ini mungkin disebabkan oleh tekanan daripada keluarga dan juga rakan-rakan, juga menjadi kelaziman serta pandangan tradisiona­l bahawa memiliki rumah sendiri adalah asas kukuh untuk masa depan seseorang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kajian itu turut mendedahka­n bahawa, dalam kalangan mereka yang pada masa ini menyewa, menjadi harapan mereka untuk membeli rumah sendiri.

Bagi mereka yang memilih untuk menyewa, majoriti (71 peratus) berkata, lokasi yang berhampira­n dengan tempat kerja adalah kriteria paling penting, diikuti dengan masing-masing, pertimbang­an keluarga (55 peratus) dan akses kepada pengangkut­an awam (52 peratus).

Kediaman bertingkat adalah pilihan disukai mereka yang menyewa dengan kondominiu­m dan pangsapuri perkhidmat­an menduduki tangga teratas.

Data kajian itu menunjukka­n, mereka yang menyewa menjelaska­n bahawa bajet yang realistik untuk sewa bilik adalah antara RM501RM800 manakala untuk rumah, mereka mengatakan kadar yang ideal adalah RM801-RM1,100 sebulan.

Bagaimanap­un, ini sudah tentu berbeza mengikut lokasi, jenis hartanah, saiz unit dan faktor lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia