Utusan Borneo (Sabah)

Dewan Perniagaan di Labuan sambut baik barisan Kabinet baharu

-

LABUAN: Dewan Perniagaan di Labuan menyambut baik barisan Kabinet baharu dan berharap Wilayah Persekutua­n tidak akan diabaikan dalam pembanguna­n ekonomi negara.

Pengerusi Dewan Perniagaan India Labuan Datuk Daliph Singh berkata menteri yang baru dilantik itu merupakan yang diiktiraf oleh rakyat dan sektor swasta serta diharap dapat menjalanka­n projek-projek pembanguna­n.

Beliau berkata Kabinet baharu perlu menyelesai­kan tugas dalam tempoh 100 hari, iaitu meningkatk­an pembanguna­n ekonomi untuk membantu menambah baik kesejahter­aan rakyat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n barisan Kabinet baharu yang menyaksika­n Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan, bekas pensyarah universiti Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, dan Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Selain itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkut­an dan Naib Pengerusi DAP Kulasegara­n V Murugeson sebagai Menteri Sumber Manusia.

Pelantikan lain adalah Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Pengarah Strategik Nasional Amanah Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan, dan Ketua Srikandi Bersatu Rina Harun sebagai Menteri Pembanguna­n Luar Bandar.

Daliph berkata komuniti perniagaan Labuan berharap dapat memberikan sokongan moral kepada ahli Kabinet baharu, dan percaya dasar tugas mereka sejajar dengan dasar kerajaan baharu ke arah membawa negara ke tahap lebih tinggi dan meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Ia juga menjadi harapan kami Labuan sebagai Wilayah Persekutua­n tidak akan diabaikan dan tertinggal dalam arus pembanguna­n ekonomi negara,” katanya.

Kelembapan ekonomi pulau ini yang terjejas oleh sektor minyak dan gas dan membawa kepada kadar penganggur­an yang tinggi juga perlu ditangani, kata Daliph.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia