Utusan Borneo (Sabah)

Pos Malaysia tampil kad ucapan Raya Hologram 3D

-

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengumumka­n inovasi terbaharu mereka dalam menggabung­kan teknologi dan tradisi dengan memperkena­lkan kad ucapan Raya Hologram 3D bersempena Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Mel Pos Malaysia Helmi Hashim berkata berikutan kejayaan poskad animasi pada Aidilfitri tahun lalu yang menampilka­n teknologi Augmented Reality (AR), Pos Malaysia kali ini mengambil peluang menggunaka­n teknologi yang berkembang kini untuk menghasilk­an Kad Ucapan Raya Hologram 3D.

“Tahun lepas kita mula buat satu perubahan baharu iaitu kita menonjolka­n teknologi AR, dan kita dapati sambutan yang diterima Pos Malaysia sangat menggalakk­an dan mengalami peningkata­n jualan sebanyak 1.1 juta berbanding tahun sebelumnya, jadi pada tahun ini kita tingkatkan sedikit inovasi tersebut seiring dengan evolusi teknologi.

“Generasi Y terutamany­a mencari sesuatu yang berbeza daripada penggunaan mesej pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial seperti WhatsApp atau Wechat, oleh itu, kita tampilkan kelainan dengan menggabung­kan media digital dan kad raya tradisi,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kad Ucapan Raya Hologram 3D didatangka­n dalam dua reka corak dan video yang berbeza. Uniknya kad ucapan ini, pelanggan boleh menonton video hologram 3D termasuk bunyi dan lagu raya menerusi aplikasi yang tersedia. Pelanggan perlu memuat turun aplikasi ‘Hologram Raya’ melalui aplikasi Google Play atau Apps Store dan melekatkan projektor plastik hologram pada skrin telefon pintar.

Lebih menarik lagi pada tahun ini, Pos Malaysia dengan kerjasama Primeworks Studios turut mengeluark­an poskad edisi khas filem Melayu bertajuk ‘Pulang’ yang bakal ditayangka­n selepas Hari Raya dan melalui aplikasi Hologram Raya, pelanggan dapat menonton tiga trailer eksklusif filem dan sedutan pembikinan filem tersebut.

Dengan harga RM12, setiap pek ucapan Hologram 3D Raya mengandung­i satu kad ucapan Hari Raya, satu sampul dengan setem 50 sen, satu projektor plastik hologram dan satu poskad filem Pulang edisi terhad.

Kad Ucapan Raya 3D Hologram boleh didapati di 400 cawangan pejabat pos atau secara dalam talian di laman sesawang www.eziemall.com

Selain itu, Pos Malaysia masih lagi meneruskan kempen pengeposan kad ucapan dengan menawarkan kadar penghantar­an istimewa domestik bagi kad ucapan raya bernilai 50 sen bermula 17 Mei hingga 12 Jun ini.

 ??  ?? HELMI (kiri) menunjukka­n Kad Raya Hologram 3D Pos Malaysia sewaktu pelancaran kad tersebut bersama poskad animasi Aidilfitri ‘Augmented Reality (AR)’ di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi di Kuala Lumpur, semalam.
HELMI (kiri) menunjukka­n Kad Raya Hologram 3D Pos Malaysia sewaktu pelancaran kad tersebut bersama poskad animasi Aidilfitri ‘Augmented Reality (AR)’ di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? KETUA Pemasaran Pos Malaysia Faizah Ismail menunjukka­n Kad Raya Hologram 3D Pos Malaysia sewaktu pelancaran kad tersebut. —
KETUA Pemasaran Pos Malaysia Faizah Ismail menunjukka­n Kad Raya Hologram 3D Pos Malaysia sewaktu pelancaran kad tersebut. —
 ??  ?? EKSEKUTIF Pemasaran Pos Malaysia, Nazilah Zulkifli menunjukka­n pengunaan poskad animasi Aidilfitri ‘Augmented Reality’ (AR).
EKSEKUTIF Pemasaran Pos Malaysia, Nazilah Zulkifli menunjukka­n pengunaan poskad animasi Aidilfitri ‘Augmented Reality’ (AR).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia