Utusan Borneo (Sabah)

DPMM Johor harap k’jaan baharu dapat terus laksanakan dasar baik

-

JOHOR BAHRU: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri Johor berharap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) dapat terus melaksanak­an dasar yang memberi manfaat kepada perniagaan serta rakyat keseluruha­nnya.

Yang Dipertua, Datuk Syed Ali Alattas berkata pelaksanaa­n dasar yang berkesan dengan disokong kerjasama berterusan antara kerajaan dan DPMM dilihat akan membolehka­n lebih banyak ruang penambahba­ikan dan peluang perniagaan diwujudkan untuk anggota sedia adanya dan rakyat.

“Kita berharap di bawah pimpinan kerajaan baharu PH ini, kita akan terus dapat melaksanak­an program DPMM bersama jabatan dan agensi kerajaan seperti Majlis Pembanguna­n Usahawan.

“Kerjasama ini juga penting terutamany­a dalam menggera kkandan membantu DPMM menguruska­n yayasan yang berada di bawah DPMM iaitu Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Johor, Yayasan Kajian dan Pembanguna­n DPMM dan Yayasan Perubatan SMC,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini, kelmarin.

Syed Ali berkata, DPMM Johor akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Osman Sapian dalam menjayakan misi membangunk­an usahawan Melayu, membasmi kemiskinan, meningkatk­an pendapatan rakyat selain menjayakan program perumahan mampu milik.

“Kita melihat barisan baharu kepimpinan negeri juga mempunyai pemimpin yang berwibawa dan kita berharap mereka akan dapat mewujudkan pentad biranyang adil, saksama dan bijaksana untuk kebahagiaa­n rakyat dan kemajuan negeri Johor,” katanya. PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berbanding Barisan Nasional (BN) 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diadakan baru-baru ini.

PH kemudianny­a memperoleh­i tambahan tiga kerusi DUN apabila tiga wakil rakyat BN bertindak keluar parti dan menyertai komponen PH, parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekali gus menjadikan jumlah kerusi PH sebanyak 39 kerusi.

 ??  ?? SYED Ali ketika sidang media di Pejabat DPMM Negeri Johor, Larkin di Johor Bahru, kelmarin.
SYED Ali ketika sidang media di Pejabat DPMM Negeri Johor, Larkin di Johor Bahru, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia