Utusan Borneo (Sabah)

OEI Group mahu menjadikan M’sia hab serantau untuk ASEAN

Ekonomi terbuka Malaysia sangat menarik dan menguntung­kan

-

KUALA LUMPUR: Ortus Expert Internatio­nal Sdn Bhd (OEI Group), syarikat kecantikan dan penjagaan kulit tempatan dengan cawangan di Amerika Syarikat, Jepun termasuk Perancis, bercadang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi menembusi pasaran negara-negara ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Kourosh Sharifirad berkata ekonomi terbuka Malaysia adalah sangat menarik dan menguntung­kan kepada syarikat bagi penubuhan sebuah hab di sini termasuk menjadi batu loncatan untuk memasuki pasaran sekeliling­nya.

“Dari segi kos pengeluara­n dan pengedaran, Malaysia adalah pasaran yang baik tetapi dari saiz penduduk dan pasaran, kami cenderung untuk melihat pasaran yang lebih besar seperti Indonesia dan India.

“Kamisedang mengusahak­an perkara-perkara asas untuk memasuki Indonesia dan Thailand pada tahun ini, kedua-duanya adalah pasaran yang besar serta mempunyai industri penjagaan kulit dan kecantikan yang meriah,” katanya kepada Bernama.

Kourosh ketika mengulas mengenai operasi di Malaysia, berkata syarikat itu yakin dapat menggandak­an jualan pada tahun ini disebabkan oleh strategi pemasaran, kualiti produk dan industri jualan langsung yang stabil di Malaysia.

Industri jualan langsung menyumbang pendapatan purata tahunan sebanyak RM25 bilion kepada ekonomi Malaysia, katanya.

“Mengenai sasaran jualan, kami menyasarka­n angka sebanyak RM30 juta sehingga RM40 juta pada 2018. Produk penjagaan kulit kami berada dalam julat premium dan sebahagian besarnya berasaskan ‘stemcell’ yang dibangunka­n dengan 16 paten eksklusif yang diadun dengan ramuan aktif semulajadi dari seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata jenama penjagaan kulit kumpulan itu, Royal Essence, adalah hasil daripada sains dan alam semula jadi untuk menyediaka­n penyelesai­an yang terbaik kepada tanda-tanda penuaan, kedut, kulit kusam, jeragat dan tekstur kulit yang tidak sekata, manakala jenama kesihatan, Royal Valens, menyediaka­n pengguna dengan pemakanan yang baik untuk menjadi sihat dan cergas.

Beliaujuga berkata kumpulan itu akan menyediaka­n platform bagi memupuk serta menggalakk­an usahawan muda dan mereka yang mencari peluang untuk mempelajar­i kemahiran keusahawan­an seperti kepimpinan, komunikasi, kemahiran jualan dan pemasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia