Utusan Borneo (Sabah)

FMC, BNM umum pengoperas­ian akaun sekuriti terasing

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Pasaran Kewangan (FMC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumka­n pengoperas­ian akaun sekuriti terasing menerusi Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Tepat Masa (RENTAS) bagi pembayaran untuk meningkatk­an lagi pasaran bon Malaysia.

Dalam satu kenyataan semalam, BNM berkata akaun sekuriti yang dipisahkan RENTAS akan dioperasik­an menerusi dua fasa, dengan yang pertama bermula pada 21 Mei, sementara pematuhan penuh bagi fasa kedua pada 30 Sept, bagi membolehka­n peralihan yang cekap dalam peraturan akaun terasing.

“Selepas 30 Sept, semua transaksi yang melibatkan sekuriti hutang RENTAS hanya akan dipermudah melalui akaun sekuriti yang dipisahkan.

“Berdasarka­n kedudukan pasaran bon tempatan, terdapat kecairan yang mencukupi untuk terus memudahkan penyelesai­an bon ringgit dalam negara,” kata BNM.

Dioperasi kanoleh Rangkaian Pembayaran Malaysia Sdn Bhd, RENTAS merupakan sebahagian daripada strategi untuk mening katkan ketelusan, ketampakan dan pengukuhan pengawasan.

“Pelabur diberikan akses yang lebih besar kepada maklumat mengenai pasaran bon Malaysia, sekali gus memu dahkan mereka membuat keputusan berdasarka­n maklumat yang diperoleh selain membolehka­n pengurusan risiko yang lebih baik. “Maklumat seperti jenis pelabur dan aliran dalam pasaran bon kerajaan untuk kedua-dua pelabur bukan pemastauti­n dan pemastauti­n, akan disediakan di laman web ‘Bond Info Hub’ secara lebih teratur dan tepat pada masanya,” kata BNM.

Para pelabur boleh berunding dengan semua bank tempatan dan global, termasuk Depositori Sekuriti Pusat Antarabang­sa yang akan berada dalam akaun sekuriti RENTAS terasing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia