Utusan Borneo (Sabah)

CEO RHB Islamic Bank dilantik presiden baharu AIBIM

-

KUALALUMPU­R: Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) telah melantik Datuk Adissadiki­n Ali sebagai presiden baharu bagi penggal 2018/2020, menggantik­an Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.

Dalam satu kenyataan, AIBIM berkata Adissadiki­n, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, dilantik semasa mesyuarat agung tahunan AIBIM ke-23 yang telah berlangsun­g pada 16 Mei 2018.

Beliauturu­t mengetuai Majlis Tertinggi baharu AIBIM yang dianggotai oleh Affin Islamic Bank, AmBank Islamic, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, CIMB Islamic Bank, HSBC Amanah, Maybank Islamic, MBSB Bank dan RHB Islamic Bank.

Mesyuarat agung tahunan itu turut memperkena­lkan nama dan logo baharu AIBIM, yang sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia.

Adissadiki­n dalam ucapannya menyatakan hasrat untuk meneruskan usaha membawa AIBIM ke peringkat yang lebih tinggi di dalam industri kewangan Islam dengan kerjasama erat antara anggota AIBIM.

“AIBIM yang dianggotai sebanyak 26 bank akan menganjurk­an Global Islamic Finance Forum 2018 (GIFF2018) pada 3 dan 4 Oktober dan akan memastikan segala perancanga­n untuk GIFF2018 dapat dilaksanak­an serta berusaha untuk menarik lebih ramai penyertaan bagi penganjura­n kali ini,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, GIFF2018 adalah satu platform penting dalam mempromosi­kan perbankan dankewanga­n Islamdi Malaysia terutama kepada delegasi luar negara.

 ??  ?? PENERBANGA­N SULUNG: Pesawat penumpang AirAsia X Airbus A340 tiba untuk penerbanga­n sulungnya dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Orly Paris.
PENERBANGA­N SULUNG: Pesawat penumpang AirAsia X Airbus A340 tiba untuk penerbanga­n sulungnya dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Orly Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia