Utusan Borneo (Sabah)

Mawi hos travelog Islamik ‘Musafir’ sepanjang Ramadan ini di TV2

-

ANTARA tarikan kepada penonton menyaksika­n saluran TV2 sepanjang Ramadan ini menerusi program travelog berjudul ‘Musafir’ yang menampilka­n Mawi sebagai hos program.

Berkonsepk­an travelog Islamik, pengacara Mawi akan bermusafir dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi ke serata tempat di Malaysia.

Sepanjang 26 episod, dipaparkan kampung dan masyarakat berbeza melalui keunikan makanan, budaya, cara hidup yang membawa kepada nilai-nilai Islam dan sejarah penempatan tersebut.

Bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5.00 petang di TV2, episod pengenalan­nya membawa Mawi ke Kampung Pauh, Terachi, Negeri Sembilan.

Tempat pertama persinggah­an Mawi di sini adalah Masjid Kariah Kampung Pauh. Ketua Kampung membawanya bertemu dengan peserta-peserta kursus umrah yang sedang berlangsun­g.

Masjid ini pernah memenangi Anugerah Masjid Contoh peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2001 dan 2009. Berikutnya Mawi dibawa oleh Tok Ketua menziarahi ibu tunggal empat orang anak termasuk seorang anak istimewa.

Mawi kemudianny­a ke Kampung Duyong, Melaka yang dipercayai sebagai kampung asal Hang Tuah.

Destinasi utama beliau kali ini adalah Galeri Hang Tuah. Seterusnya Mawi menuju ke Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, antara masjid tertua di Melaka, dipercayai dibina oleh Hang Tuah dan telah diwartakan sebagai Warisan Negara. Berikutnya Mawi menziarahi seorang asnaf yang tiba-tiba kehilangan penglihata­nnya semasa berumur 35 tahun.

Selepas itu Mawi menuju ke Kota Bharu, Kelantan pula. Setelah lapan jam perjalanan Mawi sampai ke Kg. Semut Api yang terletak di pesisiran Pantai Cahaya Bulan.

Destinasi pertama bengkel membuat batik. Mawi meneruskan perjalanan dan menuju ke masjid Masjid Al-Syakirin diminta melaungkan azan setelah masuk waktu Asar pada ketika itu.

Setelah selesai solat Asar, Mawi mengunjung­i penduduk tertua di kampung tersebut dan menyampaik­an sumbangan berserta berbuka puasa bersama Pok Harun dan isterinya.

Destinasi perjalanan seterusnya FELDA Bukit Rokan Barat, Negeri Sembilan. Mawi memilih untuk ke sana atas cadangan kawannya yang berasal dari situ dan menyertai mereka bergotong-royong.

Mawi dibawa ke rumah Abang Shah, seorang pengusaha jangek. Jangek adalah masakan tradisi yang berasaskan kulit lembu. Mawi ditunjuk dan diterangka­n cara-cara memproses jangek sebelum membantu Abang Shah menyediaka­n Masak Lemak Cili Api Jangek Campur Mangga Muda.

 ??  ?? SANTAI: Bersama penduduk kampung dalam salah satu episod ‘Musafir’.
SANTAI: Bersama penduduk kampung dalam salah satu episod ‘Musafir’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia