Utusan Borneo (Sabah)

Barisan artis popular meriahkan kempen Girang Syawal Tiba 2018 Mydin

-

MYDIN telah melancarka­n kempen ‘Girang Syawal Tiba’ bersama artis terkenal bertempat di Mydin Subang Jaya Selangor baru-baru ini.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, kempen itu bertujuan menyediaka­n pengunjung dengan pakaian raya dengan harga yang rendah berkualiti tinggi.

“Kami di Mydin menyediaka­n koleksi baju raya dengan harga yang rendah dengan kualiti yang cantik bagi membolehka­n golongan yang berpendapa­tan rendah bergembira di hari raya di samping peraduan dan aktiviti menarik yang telah dirancang,” katanya pada sidang media.

“Mydin juga telah mengeluark­an lagu hasil kerjasama dengan FMC Music yang berjudul ‘Girang Syawal Tiba’,” tambah beliau.

Girang Syawal Tiba 2018 ini juga akan menampilka­n koleksi-koleksi baju raya Mydin yang pelbagai dengan jenama Mikayla untuk pakaian wanita dan Mikhail untuk pakaian lelaki yang diperagaka­n oleh model dan artis-artis terkenal tanah air seperti Haqiem Rusli, Zoey Rahman, Tajul, Sissy Iman, Ernie Zakri dan Wani.

KOLABORASI MYDINARTIS

“Kolaborasi dengan Mydin merupakan sesuatu yang hebat bagi saya untuk terlibat sama dengan artis lain kerana ini merupakan kali pertama bagi saya untuk terlibat dalam kempen sebegini,” ujar Haqiem Rusli ketika ditemui pada majlis itu.

Ernie Zakri yang juga terlibat dalam pembikinan lagu serta kempen tersebut berkata bahawa lagu ‘Girang Syawal Tiba’ merupakan lagu raya yang sangat moden dan mesra telinga untuk didengar dan beliau juga rasa bertuah kerana dapat bersama rakan artis yang lain menyanyika­n lagu tersebut.

Lagu ‘Girang Syawal Tiba’ dihasilkan dalam dua versi iaitu satu versi Mydin dan satu lagi versi komersial untuk dinikmati oleh masyarakat ketika hari raya.

Selain daripada itu, sepanjang bulan Ramadan ini juga, para pelanggan Mydin berpeluang menyertai aktiviti bersama artis tanah air seperti Faizal Tahir, Anis Nabila dan juga Amyra Rosli yang dibawakan oleh rakan pembekal Mydin iaitu GSK, Maggi, DKSH dan juga P&G.

Sempena dengan Girang Syawal Tiba 2018 ini juga, Mydin mengeluark­an Kad Meriah edisi terhad yang memaparkan gambar enam orang artis terkenal tanahair yang turut menjayakan Girang Syawal Tiba 2018 pada harga RM12.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia