Utusan Borneo (Sabah)

DAP Sabah saran SPRM siasat pemimpin kanan BN

Saranan DAP Sabah kepada SPRM

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: DAP Sabah meminta pihak berkuasa agar menjalanka­n siasatan berkenaan kegiatan rasuah yang didakwa dijalankan pemimpinte­rtinggiBar­isan Nasional (BN) Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Ginger Phoong berkata sepanjang Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman memegang jawatan sebagai Ketua Menteri pihaknya menerima 81 tentangan daripada orang awam.

“Tuduhan mencecah sehingga 81 kali itu jelas menunjukka­n bahawa Musa sama sekali tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Antara yang kami terima termasukla­h skandal rasuah serta salah guna kuasa sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri Sabah pada penggal lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membuat laporan di Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan­RasuahMala­ysia (SPRM) Sabah di sini.

Turut hadir ialah Adun Likas Tan Lee Fat.

Phoong berkata kesemua tuduhan yang diterima bukan dibuat oleh ahli DAP sendiri malah tuduhan terbabit diperolehi daripada orang awam melalui media sosial termasuk laman sosial Facebook sebelum dikumpulka­n dan dibawa sebagai bukti kepada SPRM.

“Kami tidak menuduhnya secara peribadi tetapi sebagai wakil rakyat dan Adun saya bertanggun­gjawab untuk membawa perkara ini kepada pihak SPRM agar siasatan menyeluruh dapat dijalankan demi keadilan rakyat,” katanya.

Pada 21 Mei, Phoong dan Tan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tujuan siasatan serta tindakan selanjutny­a daripada pihak polis.

 ??  ?? PHOONG (dua kanan) dan Tan (dua kiri) bersama ahli DAP lain selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Sabah.
PHOONG (dua kanan) dan Tan (dua kiri) bersama ahli DAP lain selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia