Utusan Borneo (Sabah)

Najib tidak ditahan, dua saksi penting dipanggil

-

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan ditahan sebaliknya hanya akan diambil keterangan terlebih dahulu, kata Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Katanya pihaknya akan mengambil keterangan daripada dua lagi saksi penting sebelum melakukan sebarang penahanan berkaitan kes SRC Internatio­nal dan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

“Sehingga kami mendapat dua saksi yang amat penting, baharulah anda mendapat ceritanya. Sekarang kes ini di bawah Datuk Seri Azam Baki.

“Bergantung kepada bukti dan dokumen, juga bergantung bagaimana beliau(Najib)jawab…jika kami berpuas hati kami boleh melepaskan­nya, tetapi jika kami masih lagi memerlukan keterangan beliau, kami akan panggil beliau balik,” katanya dalam satu media khas, di sini pada Selasa.

Shukri berkata, pihaknya menghormat­i Najib sebagai bekas Perdana Menteri dan beliau sendiri tidak akan membalasde­ndamkepada mana-mana pihak.

“Kami mesti menghormat­i beliau kerana beliau adalah bekas Perdana Menteri kita, saya tida akan membalas dendam kepada sesiapa tetapi biarlah undang-undang menentukan­nya,” katanya.

Najib pada sebelah pagi Selasa hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC Internatio­nal.

SRC Internatio­nal ialah anak syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementeria­n Kewangan pada 2012.

Jumaatlepa­s,sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib di Taman Duta di sini untuk menghantar notis meminta Anggota Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia