Utusan Borneo (Sabah)

YAKIN ADA WAKIL SABAH Shafie serah kepada Tun Mahathir untuk buat keputusan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin ada penyertaan bagi perwakilan Sabah dalam kerajaan Persekutua­n.

Bagaimanap­un, beliau menyerahka­n perkara itu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan.

“Saya harap ada tempat bagi perwakilan peringkat Sabah untuk menyertai kerajaan Persekutua­n.

“Ini kerana di peringkat negeri, kita juga menempatka­n mereka di sini (Kabinet Negeri). “Memang ada persefaham­an di peringkat negeri walaupun kita tidak masuk Pakatan Harapan (PH),” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Beliau ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan peringkat negeri.

Selain itu, pihaknya juga yakin penyertaan Sabah dalam kerajaan Persekutua­n ada hubungkait dan selaras dengan usaha untuk membangunk­an negara dan juga negeri Sabah.

“Saya yakin Tun Mahathir lebih tahu bila masa yang sesuai untuk beliau mengumumka­n perkara ini,” jelasnya.

Ketika ditanya kalau ada kementeria­n khusus bagi Sabah di peringkat Persekutua­n, beliau akui ada memaklumka­nnya kepada

Perdana Menteri.

Namun katanya, terpulang kepada Tun Mahathir memandangk­an perkara itu di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

Menurutnya, biasanya memang ada penyertaan dari Sabah dan beliau yakin dengan perkara itu.

Saya harap ada tempat bagi perwakilan peringkat Sabah untuk menyertai kerajaan Persekutua­n.” DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia