Utusan Borneo (Sabah)

Pemilikan, tapak pembinaan rumah diberi tumpuan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pemilikan dan kawasan tapak pembinaan rumah akan diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu bagi memastikan usaha membela rakyat terus diutamakan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, Sabah mempunyai lebih 3 juta penduduk yang mana kebanyakan­nya tidak memiliki rumah sendiri.

“Adadalamka­langanmere­ka tinggal di rumah setinggan serta menyewa rumah di kawasan yang tidak berstatus rumah kerana kawasan itu tidak mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti jalan, letrik dan air.

“Saya sendiri melihat di kawasan pantai timur yang mempunyai setinggan. Ada dalam kalangan mereka adalah penjawat awam tetapi tidak menikmati kemudahan asas,” katanya selepas mempengeru­sikan satu mesyuarat di Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan, di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, sudah tiba masanya kementeria­n itu meningkatk­an keupayaan pentadbira­n dari semua peringkat agar keberkesan­an perkhidmat­an itu dapat dirasai rakyat negeri ini.

Katanya,bukantugas­mudah untuk menghapusk­an kawasan setinggan, bagaimanap­un kerajaan boleh mengurangk­an masalah setinggan dengan menaiktara­f kawasan itu.

“Selain pantai timur Sabah, Tanjung Aru dan Sembulan akan dijadikan keutamaan dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Jaujan turut menjelaska­n pegawai-pegawai yang berkhidmat di majlismajl­is daerah di Sabah tidak akan diganti keseluruha­nnya sebaliknya satu kajian akan dilakukan bagi menyesuaik­an keperluan setempat.

“Kita akan semak balik berdasarka­n undang-undang sedia ada, sememangny­a kerajaan baharu mempunyai pemimpin baharu.

“Bagaimanap­un, kita masih akan sesuaikan sebab walaupun individu itu baharu tetapi tidak sesuai di sana, kita tidak akan meletakkan dia di sana.

“Sebaliknya, jika pemimpin sedia ada yang mempunyai prestasi kerja yang bagus, kita akan kekalkan,” katanya.

 ?? GambarBern­ama ?? SHAFIE dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman (kiri) ketika sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet negeri di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, pada Selasa.
GambarBern­ama SHAFIE dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman (kiri) ketika sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet negeri di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia