Utusan Borneo (Sabah)

Bazar Ramadan LTAKK tarikan baharu pengunjung

Bazar Ramadan LTAKK tarikan baharu pengunjung

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

BAHARU tapi meriah. Begitulah suasana yang boleh digambarka­n di Bazar Ramadan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK).

Walaupun pembukaann­ya baharu memasuki tahun kedua, namun kunjungan pelanggan yang bertaliaru­s menunjukka­n kemeriahan di bazar JAMILAH menunjukka­n kuihmuih tradisiona­l yang digemari pelanggan. berkenaan.

Eksekutif Kanan LTAKK Abas Tuah yang juga Penyelaras Bazar Ramadan LTAKK berkata, tahun ini sebanyak 30 lot dibuka untuk peniaga bazar.

Menurutnya, apa yang unik di bazar berkenaan, pengunjung bukan sahaja disajikan dengan pelbagai juadah makanan.

Malah, terdapat juga gerai yang menjual pakaian dan juga aksesori telefon pintar.

“Pembukaan bazar di sini sebenarnya memberi peluang kepada peniaga bazar Ramadan sekitar Kota Kinabalu untuk merasai suasana berniaga di LTAKK.

“Kita juga menyediaka­n ruang niaga yang selesa kepada para peniaga terutamany­a apabila hujan, mereka tidak perlu risau dengan keadaan cuaca,” katanya ketika ditemui

Utusan Borneo pada Selasa. Beliau berkata, bazar berkenaan juga memberi kemudahan kepada warga kerja LTAKK yang beragama Islam untuk mencari juadah berbuka puasa.

Pada masa sama jelasnya, ia juga kurang menjejaska­n waktu kerja mereka jika perlu keluar dari kawasan LTAKK semata-mata untuk membeli juadah.

Sementara itu, bagi peniaga seperti Shukree Hunaini, pengalaman pertama berniaga di bazar Ramadan begitu menyeronok­kan.

Beliau yang menjual kek dan juadah pencuci mulut ini gembira dengan sambutan para pelanggan sejak hari pertama bazar dibuka.

“Sebelum ini, kami hanya berniaga secara atas talian sahaja dan inilah pertama kali kami berniaga di bazar Ramadan.

“Tidak sangka sambutan sangat baik dan jualan kami selalunya pasti akan habis terjual,” katanya.

Menurutnya, antara menu yang dijual termasukla­h kek red velvet, kek lobak, coklat karamel keju dan sandwich victoria.

Bagi Jamilah Nyanggau, juadah kuih-muih tradisiona­l sentiasa menjadi pilihan utama pelanggann­ya.

Selain menjual kuih, beliau turut menjual mi goreng, nasi campur dan bubur.

“Apa yang baiknya berniaga di bazar LTAKK, semua peniaga tidak risau kalau cuaca hujan atau panas.

“Di sini, kami disediakan ruang yang bagus dan pelanggan yang datang pun lebih selesa untuk membeli,” katanya.

Bazar Ramadan LTAKK dibuka bermula jam 2 petang dan terletak di ruang legar berhampira­n pintu masuk ketibaan penerbanga­n domestik.

Ia bukan sahaja menyediaka­n pelbagai hidangan yang menarik malah, ruang yang luas dan selesa membuatkan pengunjung berpuas hati dengan perkhidmat­an yang disediakan.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) KEK dan hidangan pencuci mulut antara menu yang dijual Shukree (kiri) bersama rakannya.
BISKUT LOT-LOT bazar Ramadan yang tersusun kemas di ruang legar kawasan LTAKK.
(Gambar atas) KEK dan hidangan pencuci mulut antara menu yang dijual Shukree (kiri) bersama rakannya. BISKUT LOT-LOT bazar Ramadan yang tersusun kemas di ruang legar kawasan LTAKK.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ABAS
ABAS
 ??  ??
 ??  ?? BAZAR Ramadan LTAKK turut menyediaka­n barangan jualan pakaian (gambar atas) dan aksesori telefon (gambar kanan).
BAZAR Ramadan LTAKK turut menyediaka­n barangan jualan pakaian (gambar atas) dan aksesori telefon (gambar kanan).
 ??  ?? PARA pelanggan ditawarkan dengan pelbagai pilihan juadah di Bazar Ramadan LTAKK.
PARA pelanggan ditawarkan dengan pelbagai pilihan juadah di Bazar Ramadan LTAKK.
 ??  ?? (Gambar kiri) raya juga antara jualan yang ada di bazar berkenaan.
(Gambar kiri) raya juga antara jualan yang ada di bazar berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia