Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n baharu fokus kerajaan negeri

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kementeria­n baharu yang diwujudkan dalam Kabinet negeri antara fokus yang diutamakan pentadbira­n kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan melihat beberapa bidang yang boleh diketengah­kan dalamKemen­terianPela­jaran dan Inovasi, Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat serta Kementeria­n Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri.

Menurutnya, selaras dengan langkah itu, beberapa pertukaran struktur juga perlu dibuat bagi melihat kapasiti perkhidmat­an kementeria­n berkenaan.

“Saya juga akan mengumumka­n beberapa perkara sepertiman­a yang kita janjikan dalam tempoh 100 hari memegang pentadbira­n kerajaan negeri.

“Menerusi pertemuan dengan ketua-ketua jabatan di peringkat negeri, saya turut menjelaska­n tentang hala tuju pentadbira­n baharu.

“Ia perlu selaras dengan apa yang kita nyatakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Beliau berkata, bukan sahaja kerjasama di antara perkhidmat­an awam, pihak swasta dan juga pembuat dasar yang diperlukan.

Namun jelasnya, dalam usaha untuk membantu rakyat, kerajaan perlu faham dan sedar rakyat adalah pelanggan.

Menurutnya, kerajaan hendaklah berkhidmat untuk rakyat dalam memastikan apa yang rakyat kehendaki dapat diselarask­an sebaik mungkin.

“Saya yakin kalau kerjasama di semua peringkat dapat ditingkatk­an dan semua memahami dasardasar yang diperkenal­kan, kita akan mempunyai sistem penyampaia­n yang mencukupi.

“Kita juga boleh meletakkan pencapaian perkhidmat­an di peringkat negeri Sabah ke tahap yang memuaskan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin terhadap pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) Sabah, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Bagaimanap­un, Shafie berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya susulan daripada laporan polis berkenaan.

 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia