Utusan Borneo (Sabah)

Esscom kekal bagi memastikan keselamata­n Sabah: Muhyiddin

-

PUTRAJAYA: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan dikekalkan selagi tahap keselamata­n di negeri itu belum berada pada tahap terbaik, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata perintah berkurung di kawasan itu masih diteruskan bagi memastikan tiada ancaman keselamata­n serius daripada pihak luar di kawasan berkenaan.

“Kita akan teruskan pengawasan. Ini saya fikir masih perlu, selagi kita rasakan belum cukup selamat, selagi itu Esscom akan dikekalkan,” katanya pada sidang media pertamanya selepas memulakan tugas di Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), di sini, Selasa.

Ditanya mengenai ancaman Daesh dan kumpulan Abu Sayyaf, Muhyiddin berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akan memberi taklimat kepadanya mengenai isu itu sebelum diteliti secara mendalam.

“Apa-apa yang mengancam keselamata­n negara yang datang daripada pihak mana sekalipun akan kita ambil berat lebih-lebih lagi melibatkan soal penculikan, ancaman kepada nyawa dan rompakan,” katanya.

Mengenai isu masyarakat Rohingya yang diberi perhatian oleh kerajaan terdahulu, Muhyiddin berkata kerajaan akan berbincang dengan Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mengenai kedudukan mereka dan akan bertindak berdasarka­n perbincang­an tersebut.

“Walaupun kita tidak menjadi anggota UNHCR, atas asas kemanusiaa­n kita akan lihat apa yang boleh kita lakukan untuk tangani masalah itu,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia