Utusan Borneo (Sabah)

APMM gagalkan cubaan seludup

Sita pelbagai barangan bernilai lebih RM100,000

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU:Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menyita 1,088 karton rokok seludup termasuk bot dan enjin, dianggarka­n bernilai lebih RM100,000.

Rokok yang dirampas, Premium Gold (450 karton), Menara Dunia (220 karton), LA Lights (190), LA Menthol Lights (160), LA Bold (50) dan Gudang Garam (16).

Rampasan itu diperolehi susulan kejayaan APMM Tawau menahan sebuah bot laju yang dipercayai hendak menyeludup rokok dari negara jiran untuk dipasarkan di daerah ini.

Ketua Maritim Zon Tawau Kepten (M) Romli Mustafa berkata kehadiran bot laju terbabit berjaya dikesan semasa di perairan Kg Titingan, kira-kira jam 11.12 malam pada Isnin.

“Botrondaki­tayangseda­ng menjalanka­n rondaan di kawasan itu mengesan sebuah bot laju mencurigak­an kerana tidak mempunyai nombor pendaftara­n,” katanya pada sidang medianya, di sini pada Selasa.

Beliau berkata bot laju itu dipercayai memuatkan bekalan rokok seludup dari Sungai Nyamuk, Pulau Sebatik, wilayah negara jiran.

Menurutnya, APMM Tawau cuba mengejar tekong dan awak-awak yang menaiki bot laju berkenaan selama lima minit sebelum berjaya memintas dan menahan bot terbabit.

Namun, kedua-dua suspek terjun ke laut berhampira­n perkampung­an air, sekaligus usaha APMM mengesan dan menangkap mereka menghadapi kesukaran akibat cuaca gelap.

“Siasatan kes akan dijalankan mengikut Akta Kastam 1967,” katanya,

“Bot ronda kita yang sedang menjalanka­n rondaan di kawasan itu mengesan sebuah bot laju mencurigak­an kerana tidak mempunyai nombor pendaftara­n, ” KEPTEN (M) ROMLI MUSTAFA Ketua Maritim Zon Tawau

(tengah) dan pegawai-pegawainya menunjukka­n kepada media rokok-rokok seludup yang berjaya dirampas APMM Tawau.

sambil mengesahka­n kesemua barang rampasan dibawa ke Pangkalan APMM Tawau.

Beliau berkata pihaknya akan meningkatk­an rondaan dan penguatkua­saan walaupun pada bulan Ramadan untuk memastikan aktiviti perlanggar­an undang-undang dapat dibanteras.

 ??  ?? ROMLI
ROMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia