Utusan Borneo (Sabah)

APMM tahan bot ketujuh terbabit aktiviti bom ikan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah lagi bot pam yang dipercayai terlibat dalam aktiviti bom ikan di periaran Pulau Mengalum pada Isnin.

Pengarah Maritim daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Adam Aziz berkata tangkapan terbabit menjumlahk­an tujuh kes bagi kesalahan sama sejak 22 Mac lalu.

“Tangkapan kali ini sama seperti kes sebelumnya iaitu membabitka­n bot pam yang tiada nombor pendaftara­n selain memiliki hasil ikan yang dipercayai ditangkap menggunaka­n kaedah bom ikan.

“Semasa diperiksa oleh anggota APMM yang menjalanka­n Op Api, empat kru berumur 25 hingga 32 tahun gagal menunjukka­n sebarang dokumen pengenalan diri sah pada jam 5 petang Isnin,” katanya.

Menurutnya kru serta pam bot dan ikan seberat kira-kira 50 kilogram kemudianny­a dirampas dan dibawa ke Pulau Mengalum untuk tindakan selanjutny­a.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985 dengan memperuntu­kkan mana-mana warga asing dikenakan denda tidak melebihi RM1juta bagi setiap pemilik dan RM100,000 bagi kru yang disabitkan kesalahan.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dengan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau enam kali sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som turut memberikan amaran kepada dalang yang membekalka­n

ikan yang hancur dipercayai ditangkap menggunaka­n kaedah bom ikan.

bahan letupan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci dan bakal mengesan punca bekalan dalam masa terdekat.

“Kita tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana individu yang melanggar peraturan dan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka tanpa ragu-ragu.

“Pembekal dinasihati untuk menghentik­an kesalahan ini berikutan boleh dikenakan tindakan kesalahan menyimpan dan memiliki bahan letupan mengikut Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

 ??  ?? ISI
ISI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia