Utusan Borneo (Sabah)

Menteri Kesihatan bincang isu kritikal di Sandakan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt telah mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Awang Supain bagi membincang­kan beberapa isu kritikal di daerah ini.

Bercakap kepada media selepas itu, beliau berkata antara isu yang dibincangk­an termasuk aspek kebersihan dan kebajikan orang ramai serta orang kelainan upaya (OKU).

Selain itu katanya, isu berkaitan bidang ekonomi, pelanconga­n dan kesihatan di daerah ini juga akan diberi tumpuan.

“Saya berjumpa dengan Mohd Hamsan yang mewakili presidenny­a dan memberitah­u beliau apa yang kami lihat dan jangka.

“Beberapa isu yang kami bincangkan hari ini akan dibawa ke Mesyuarat Tindakan Daerah di Bilik Mesyuarat MPS pada 28 Mei ini dan saya juga komited untuk mengetahui lebih lanjut sebarang masalah yang dihadapi oleh jabatan-jabatan yang ada.

“Banyak benda yang perlu dilakukan. Kita mahu melakukan yang lebih baik untuk Sandakan,” katanya.

Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan mahu setiap jabatan dan agensi di bawahnya duduk bermesyuar­at bersama bagi melihat sebarang masalah yang timbul dan mencari penyelesai­an sewajarnya.

“Esok (23 Mei) saya akan melawat beberapa jabatan di bawah kementeria­n ini. Apaapa yang sudah dilaksanak­an sebelum ini mungkin akan

(kanan) ketika mengadakan perjumpaan bersama Hamsan.

diteruskan manakala manamana kelemahan akan dilihat untuk tindakan susulan,” jelasnya.

Berikutan bidang kesihatan kini juga terletak di peringkat negeri, Wong berkata pihaknya akan berbincang dengan kementeria­n di peringkat persekutua­n untuk melihat mekanisme yang terbaik dalam melaksana dan menyediaka­n khidmat kesihatan untuk rakyat.

“Bagi Sandakan, setakat ini kita melihat ada keperluan untuk menambah pakar selain perlu menambahba­ik sistem letak kereta di Hospital Duchess of Kent serta beberapa perkara lagi yang kita akan lihat serta atasi secara berperingk­at,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong dan Setiausaha Perbandara­n Sandakan Faridah Giau.

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia