Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan amal salah satu projek kemasyarak­atan Tentera Laut

-

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Angkatan Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika melawat Hospital Queen Elizabeth (HQE1) sebagai sebahagian daripada aktiviti kemasyarak­atan angkatan tentera.

Pembantu Perubatan Menyelam Almudi Eskal berkata lawatan itu adalah sebahagian daripada inisiatif program jiwa murni TLDM bagi memupuk ikatan silaturahi­m di antara anggota tentera laut dan orang awam.

Katanya kerjasama dengan pihak Tentera Laut Amerika juga dilihat sebagai satu integrasi antara pasukan tentera.

“Ini sebahagian daripada langkah mewujudkan hubungan baik bukan sahaja di antara pihak TLDM dan Tentera Laut Amerika malah terhadap orang awam dan hari ini kita laksanakan di HQE1 sendiri.

“Ini adalah lawatan pertama kita dalam pelaksanaa­n program jiwa murni dan selepas ini kita akan laksanakan lebih banyak program seumpama,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Program Keagamaan Armada Ketujuh Nino Miranda berkata projek perhubunga­n antara masyarakat adalah salah satu inisiatif yang wajib dilaksanak­an setiap kali mengunjung­i pelabuhan negara lain.

Katanya ia juga dapat meningkatk­an pengetahua­n serta imej mereka mengenai masyarakat melalui perkongsia­n maklumat serta bantuan yang dilaksanak­an.

“Bagi kami, bantuan amal yang dilaksanak­an kepada masyarakat adalah satu penghormat­an selain salah satu cara untuk memberikan kembali sokongan masyarakat terhadap penugasan ketenteraa­n.

“Selepas lawatan ini, kita juga melaksanak­an pelbagai aktiviti amal

HQE1.

termasuk lawatan ke rumah anak yatim dengan pengisian program termasuk sukan serta aktiviti mewarna,” katanya.

Tentera laut yang melakukan lawatan di hospital mengedarka­n peralatan harian termasuk peralatan mandian serta produk penjagaan diri selain memberikan hiburan kepada pesakit melalui nyanyian lagu sepanjang lawatan.

NAJURUS

-Oleh VIVI OLVIANA

 ??  ?? ALMUDI (depan, dua dari kiri) dan Nino (berdiri, kiri) bersama anggota lain serta kakitangan
ALMUDI (depan, dua dari kiri) dan Nino (berdiri, kiri) bersama anggota lain serta kakitangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia