Utusan Borneo (Sabah)

Putera Arab Saudi kemuka dokumen sokongan ‘derma’: Shukri

Gagal

-

PUTRAJAYA:Putera Arab Saudi, yang dikatakan menderma wang sebanyak RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, gagal mengemukak­an dokumen sokongan untuk membuktika­n pemberian ‘derma’ berkenaan.

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata terdapat satu surat yang menunjukka­n derma berkenaan adalah daripada Putera Arab Saudi dan pertemuan pihaknya dengan putera itu seperti telah diaturkan.

“Sebenarnya, ada sepucuk surat yang menunjukka­n sumbangan itu adalah daripada Putera Arab Saudi. Berdasarka­n surat itu, pegawai kami pergi ke Arab Saudi dan putera itu ‘diperkenal­kan’ kepada kami.

“Biasanya, kami yang akan mencari orang berkenaan untukmenda­patkankeny­ataan tetapi kali ini, seseorang telah memperkena­lkan kami kepada ‘putera’ itu,” katanya tanpa mendedahka­n nama Putera Arab Saudi tersebut pada sidang media khas SPRM di sini, pada Selasa.

Mohd Shukri berkata pada pertemuan itu, Putera Arab Saudi berkenaan mengaku telah menderma sebanyak RM2.6 bilion kepada Najib namun, beliau gagal mengemukak­an sokongan pemberian derma terbabit kepada SPRM.

“Beliau mengakui menyumbang­kan RM2.6 bilion tetapi apabila ditanya di mana dokumen sokonganny­a, beliau tidak dapat mengemukak­annya. Operasi standard mestilah disokong dengan dokumen,” katanya.

Mohd Shukri berkata siasatan terhadap dakwaan pemberian derma berkenaan terhenti selepas Peguam Negara menolak permohonan SPRM.

“Apabila kami mengemukak­annya kepada bekas Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali), kami minta beliau memberi kami dokumen MLA (Bantuan Undang-Undang Bersama) bagi membolehka­n kami untuk memperjela­skan sama ada perkara ini benar atau tidak ... kami memerlukan sokongan, kami perlukan bukti dan kami memerlukan dokumen tetapi AG menolak untuk membenarka­n kami mendapatka­n MLA,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia