Utusan Borneo (Sabah)

SMK Labuan wakili Labuan ke Pertanding­an Bahas Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan

Pertanding­an Bahas Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan

-

SMK Labuan akan mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan ke Pertanding­an Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan di Kedah pada 1-3 Julai depan.

Kejayaan itu diraih selepas pasukan SMK Labuan muncul juara pertanding­an itu di peringkat WP Labuan yang diadakan di SMK Pantai pada Isnin.

Naib johan disandang SMK Mutiara manakala SMK Pantai dan SMK Lajau menduduki tempat ketiga bersama.

Pasukan SMK Labuan terus ceria selepas Sofia Umaira Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri pihak kerajaan dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pertanding­an Akhir.

Pembahas SMK Labuan dibarisi Athirah Atiqah Jamudin (4 Jujur), Sofia Umaira Ismail (4 Jujur),

“Pembahas perlu menjalani latihan lebih intensif bagi memberikan saingan kepada sekolah lain di peringkat kebangsaan Julai depan. Kami berdoa semoga mereka beroleh kejayaan.

ISMAIL ABDULLAH

Pengetua SMK Labuan

Rafieq Rafizie Nur Sha S Roslee (4 Jujur), Nurul Aiza Husna Mohd Zaki (4 Gigih) dan Nur Ain Rabiatul Farraliza Kasim (4 Harmoni).

Sementara jurulatih dan guru pengiring terdiri daripada Rohati Lusim, Nor Shasiah Otiman, Juliana @ Bibiana Nain, Sumaliza Abas dan Mohd Sufian Ismail.

Kali terakhir SMK Labuan merangkul kejuaraan ialah pada tahun 2014.

Hasil kemenangan itu, pembahas SMK Labuan menerima piala dan sijil daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Di pusingan awal, SMK Labuan menewaskan SM St Anne menerusi tajuk Kerjasama Negara ASEAN Keselamata­n Serantau Terpelihar­a.

Menerusi tajuk ‘Pendekatan Kaunseling Sudah Memadai dalam Menangani Isu Disiplin’, SMK Labuan menewaskan SMK Lajau di pusingan separuh akhir.

Sementara di pusingan akhir, SMK Labuan mengalahka­n SMK Mutiara yang membincang­kan tajuk Kita Tidak Serius Menangani Isu Alam Sekitar.

Pertanding­an yang dikelolaka­n SMK Pantai itu disertai SMK Labuan, SMK Lajau, SMK Pantai, SMK Mutiara, SMK Taman Perumahan Bedaun, SMK Rancha-Rancha dan SM St Anne.

Turut hadir, Ketua Sektor Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Asbola Amit dan Pengetua SMK Pantai Sahar Misron.

Sementara itu, Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah mengucapka­n tahniah atas kejayaan cemerlang pasukan pembahas SMK Labuan pada tahun ini.

Beliau menaruh harapan dengan bimbingan guruguru, pasukan pembahas SMK Labuan mampu memberikan saingan sengit kepada sekolah lain di peringkat kebangsaan kelak.

“Pembahas perlu menjalani latihan lebih intensif bagi memberikan saingan kepada sekolah lain di peringkat kebangsaan Julai depan. Kami berdoa semoga mereka beroleh kejayaan,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL (lima kiri) bersama pembahas SMK Labuan yang menjuarai pertanding­an itu.
ISMAIL (lima kiri) bersama pembahas SMK Labuan yang menjuarai pertanding­an itu.
 ??  ?? SOFIA Umaira yang dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pertanding­an Akhir merakam kenangan bersama Ismail.
SOFIA Umaira yang dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pertanding­an Akhir merakam kenangan bersama Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia