Utusan Borneo (Sabah)

ABC istimewa Sabturia jadi kegemaran pelanggan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PENGALAMAN hampir 10 tahun berniaga aneka air minuman di bazar Ramadan adalah satu kelebihan buat Sabturia Saib.

Keistimewa­an air hasil buatannya membuatkan pelanggan sukar melupakan keenakan air jualan Sabturia.

Tahun ini, buat pertama kalinya Sabturia beralih lokasi berniaga dengan memilih Bazar Ramadan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) sebagai destinasi baharu perniagaan­nya.

“Sebelum ini, saya berniaga di Bazar Ramadan Lok Kawi Kinarut dan tahun ini mencuba nasib di sini.

“Pada awalnya, saya risau juga kalau kurang sambutan, tapi ternyata sejak hari pertama berniaga di bazar LTAKK ini sambutan pelanggan begitu menggalakk­an.

“Lebih 300 gelas air ABC kami dapat jual setiap hari di sini dan pelanggan kami semakin hari semakin bertambah,” katanya.

(Gambar kiri) SABTURIA (kiri) sentiasa tersenyum gembira melayan pelanggan yang membeli jualannya.

Beliau berkata, istimewany­a air ABC yang dijualnya padat dengan rasa yang cukup menyegarka­n lebih-lebih lagi campuran buah-buahan di dalamnya.

Dijual hanya pada harga RM4, ia amat berpatutan dengan saiz gelas yang mereka sediakan.

Selain air ABC, Sabturia turut menjual nasi ayam sambal berempah dan juga bubur manis.

Katanya, bukan sahaja pelanggan baharu, gerainya turut dikunjungi oleh pelanggan lama yang selama ini menjadi pelanggan setia air ABC di gerai Sabturia.

 ??  ??
 ??  ?? AIR ABC yang berwarna warni menjadi pilihan pengunjung di Bazar Ramadan LTAKK.
AIR ABC yang berwarna warni menjadi pilihan pengunjung di Bazar Ramadan LTAKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia