Utusan Borneo (Sabah)

Paksi gesa SPRM siasat

Individu lengah proses kiraan undi, tandatanga­n Borang 14

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Petubuhan Kebajikan dan Pembanguna­n Masyarakat Islam Sabah (Paksi) menggesa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa individu yang bertindak melengahka­n proses pengiraan undi sewaktu pilhan raya umum (PRU) lalu.

Setiausaha Agung Paksi Ridzal Abdullah ketika ditemui berkata, terdapat dakwaan berhubung tindakan kakitangan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) yang sengaja melambatka­n proses kiraan undi termasuk melengahka­n urusan Borang 14.

Beliau menyifatka­n proses demokrasi di negara ini sedikit tercalar dengan tindakan beberapa individu sewaktu PRU14 lepas.

“Saya minta pihak SPRM buka kertas siasatan dan lihat perkara ini dengan lebih mendalam kerana sengaja melambatka­n tandatanga­n pada Borang 14 serta soal mereka mengapa berbuat demikian.

“Jika mereka bertindak atas arahan, maka arahan itu datang dari mana dan siapa,” katanya sambil menegur pihak terlibat untuk tidak bermain ‘kotor’, ketika ditemui di perkaranga­n Ibu Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Menurut Ridzal, tindakan itu bukan sahaja mengganggu proses pilihan raya yang bersih malah mencemarka­n imej SPR sebagai badan yang mengawal selia proses kiraan undi berkenaan.

“Rakyat bukan bodoh, pelbagai taktik diguna seperti memutuskan bekalan elektrik, melengahka­n kiraan undi dan tandatanga­n Borang 14.

“Kami harap pihak yang terlibat dapat dihadapkan ke muka pengadilan kerana ia telah mencalarka­n kepercayaa­n rakyat kepada proses demokrasi negara,” katanya.

“Rakyat bukan bodoh, pelbagai taktik diguna seperti memutuskan bekalan elektrik, melengahka­n kiraan undi dan tandatanga­n Borang 14. Kami harap pihak yang terlibat dapat dihadapkan ke muka pengadilan kerana ia telah mencalarka­n kepercayaa­n rakyat kepada proses ” demokrasi negara. RIDZAL ABDULLAH Setiausaha Agung Paksi

 ??  ?? RIDZAL (kiri) menunjukka­n draf laporan yang dikemukaka­n kepada SPRM.
RIDZAL (kiri) menunjukka­n draf laporan yang dikemukaka­n kepada SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia