Utusan Borneo (Sabah)

10 AJK Bahagian, dua AJK Pemuda Umno Tawau keluar parti

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seramai 10 Ahli Jawatankua­sa (AJK) Umno Bahagian Tawau mengisytih­arkan keluar dari parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, berkuatkua­sa sertamerta.

Keputusan itu turut disertai dua AJK Pemuda bahagian, menjadikan kesemua mereka seramai 12 orang yang bertindak meletakkan jawatan dan meninggalk­an Umno Tawau.

Antaranya, Bendahari Bahagian Hamid @Hamild Awang dan AJK Bahagian merangkap bekas Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Apas Sarman Amat Simito.

Turut terlibat, Mardawiah Udin, Abdul Razak Abbas, Datu Abd Rahman Datu Ismail, Nordin Nusu, Mohamad Oman, Yusup Abd Ghani, Datu Indal Datu Ismail dan Suoroto Karto Marmo @Jeffrey Su.

Dua AJK Pemuda bahagian yang turut membuat keputusan serupa pula ialah bekas Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Apas Hazman Hakim dan Datu Halnain Datu Ismail.

Hamid berkata keputusan itu adalah muktamad dan hasil persetujua­n sebulat suara yang dicapai sesama mereka tanpa wujudnya paksaan atau tekanan daripada sebarang pihak.

“Sebenarnya, kita keluar dari Umno bukan kerana menyalahka­n pihak tertentu,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Menurutnya, keputusan itu dilakukan berikutan kesedaran mereka sendiri sebagai warga Malaysia yang bertanggun­gjawab memberikan sokongan kepada kerajaan memerintah.

Beliau berkata mereka yakin dan percaya bahawa kerajaan sekarang akan dapat meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n di peringkat negeri dan kawasan.

“Kami meletakkan jawatan dan keluar dari Umno ini juga bukanlah untuk mengejar jawatan di parti lain dan sebagainya,” katanya.

Menyentuh hala tuju mereka pula, Hamid dan rakan-rakannya berhasrat untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) namun tertakluk kepada persetujua­n kepimpinan Warisan.

Pada masa sama, mereka juga berhasrat untuk membawa penyokong di cawangan masing-masing untuk turut sama menyertai Warisan, namun tidak ada paksaan diberikan.

“Umno Bahagian Tawau mempunyai 172 cawangan,” katanya sambil meluahkan hasrat untuk melihat perubahan dan kemajuan lebih baik di negara ini, khasnya di Sabah.

 ??  ?? HAMID (tengah) bersama rakan-rakannya mengisytih­arkan mereka melepaskan jawatan dan keluar dari Umno berkuatkua­sa serta-merta.
HAMID (tengah) bersama rakan-rakannya mengisytih­arkan mereka melepaskan jawatan dan keluar dari Umno berkuatkua­sa serta-merta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia