Utusan Borneo (Sabah)

Sebuah kilang di tapak MCKIP Gebeng aktif curi air sejak Januari

-

KUANTAN: Sebuah kilang yang terletak di Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng yang sudah beroperasi sejak tiga bulan lepas didapati aktif mencuri air di kawasan itu sejak Januari tahun ini.

Menurut Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna (Bahagian Pengurusan Korporat) Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) Mohd Fazil Ismail berkata setelah menerima aduan pada bulan Mac pihaknya telah memotong bekalan tersebut pada 16 Mei lepas.

“Serbuan pertama dibuat pada 14 Mac dan kami diarahkan untuk memberhent­ikan serbuan kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang sudah hampir, tetapi sehingga petang semalam kami dimaklumka­n aktiviti (pencurian air) ini masih berjalan,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

“Nilai anggaran kerugian juga melebihi RM500,000 dengan kegunaan air sebanyak 327,000 meter padu sejak Januari hingga Mac,” katanya kepada pemberita selepas lawatan media ke tapak kilang berkenaan di Gebeng di sini hari ini yang turut dihadiri Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Menurutnya, mereka juga tidak mengikut spesifikas­i pemasangan paip yang perlu dipatuhi iaitu paip berukuran 600 milimeter (mm), di mana mereka membuat penyambung­an dua paip berukuran 300 mm terus kepada ‘injap’ untuk aktiviti mereka.

Mohd Fazil berkata kilang tersebut perlu memohon untuk memasang bekalan air sementara dan mereka perlu membayar wang sumbangan bekalan air kepada kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sebanyak RM6 juta yang juga tidak dibuat oleh mereka.

“Kami akan meneruskan tindakan untuk membuka balik penyambung­an paip meter haram dan membuat pemasangan yang baharu, selepas permohonan mereka untuk memasang bekalan air sementara diluluskan. Kami akan meneruskan dengan tindakan mahkamah untuk prosedur ini,” katanya.

Sementara itu, Fuziah berkata, dalam keadaan warga Kuantan berhadapan dengan krisis tekanan air rendah, dan kadang-kadang tidak ada air, dengan mudahnya sebuah syarikat mencuri air dan walaupun telah dikenakan tindakan, masih mencuri sekali lagi.

“Jadi ini adalah satu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali. Negara kita mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi. Kami tidak menolak pelaburan dan syarikat asing. Jangan buat ikut suka hati kita kerana kita punyai undangunda­ng yang perlu dipatuhi,” kata Fuziah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia