Utusan Borneo (Sabah)

Dr Maszlee: Beri dimensi baharu kepada pendidikan negara

-

PELANTIKAN Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan baharu diyakini bukan sahaja akan memanfaatk­an rakyat serta warga kerja kementeria­n terbabit malah dilihat bakal mengangkat dimensi pendidikan negara agar setanding negara maju.

Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (PKAUTM) Profesor Madya Dr Aminuddin Ruskam berkata pelantikan ini membolehka­n jalinan dan kombinasi idea pakar-pakar pemikir Kementeria­n Pendidikan diadakan bagi mengangkat bangsa Malaysia yang bertamadun dengan teras budaya dan jiwa beragama.

“Kesepaduan akademik dan pengalaman Dr Maszlee mampu mencetuska­n minda baharu dari sudut anjakan pemikiran, idea, usaha dan iltizam untuk disumbangk­an kepada kementeria­n.

“Sebagai Presiden PKAUTM, saya mewakili warga akademik UTM mengucapka­n setinggi penghargaa­n kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas kepercayaa­nnya melantik Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan baharu,” katanya menerusi kenyataan di Johor Bahru pada Selasa.

Beliau berkata Dr Maszlee, 44, yang berpengala­man sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabang­sa (UIA) adalah mantan Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UIA dan juga seorang aktivis sosial yang bergerak atas landasan Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Pada Isnin, Anggota Parlimen Simpang Renggam itu adalah antara 13 anggota Parlimen yang mengangkat sumpah sebagai menteri kabinet baharu.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia