Utusan Borneo (Sabah)

PIBG sentiasa bersama guru perkasa pendidikan

-

Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Lada telah menganjurk­an sambutan Hari Guru peringkat sekolah di Dewan Seri Kedayan SK Sungai Lada.

Majlis itu diadakan secara sederhana tetapi meriah yang dijayakan oleh semua guru, AJK PIBG dan murid-murid SK Sungai Lada.

Sambutan Hari Guru diadakan untuk meraikan dan menghargai jasa dan bakti guru-guru SK Sungai Lada kepada anak-anak didik di sekolah itu serta melaksanak­an salah satu program PIBK Wilayah Persekutua­n Labuan.

Majlis itu dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke dewan sekolah dengan iringan muzik gamelan dan kemudian menyanyika­n lagu Negaraku dan Maju Sejahtera.

Menariknya majlis sambutan hari guru pada kali ini diacarakan sendiri oleh murid tahun 6 iaitu Mohd Norazwan Jalani dan Nur Amira Aisyah.

Wakil murid, Nurul Natasha Salleh Osman menyampaik­an ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada guru-guru.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan yang disampaika­n oleh Guru Penolong Kanan Pentadbira­n Sitti Rahimah Yussupu.

Sitti Rahimah berkata tema Hari Guru 2018 adalah ‘Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan’ yang mana, guru merupakan individu yang berada di barisan hadapan, yang memainkan peranan penting dalam melaksanak­an transforma­si pendidikan negara.

Katanya, sebagai agen perubahan, guru mampu membawa pembanguna­n pendidikan negara kepada tahap yang lebih cemerlang dan disegani di mata dunia.

Beliau mengucapka­n terima kasih atas penglibata­n penganjura­n aktiviti pendidikan sekolah berfaedah antara warga sekolah.

Beliau mahu ibu bapa dan komuniti meneruskan sokongan dan bantuan kepada pihak guru dan sekolah dalam pelbagai bentuk sama ada dari segi pandangan, kemahiran mahu pun kewangan bagi meningkatk­an prestasi pendidikan anak-anak.

“Saya menyeru agar bersama-sama memberikan hadiah, kasih sayang dan tanggungja­wab kepada pendidikan anak-anak agar mereka dapat mencorak masa depan negara,” katanya.

Dalam ucapannya, Naib Yang Dipertua PIBG Yantei Bakir mengucapka­n Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu kepada semua guru SK Sungai Lada.

Katanya, sambutan Hari Guru merupakan satu pengikhtir­afan dan penghargaa­n kepada semua guru.

Tambahnya, ia merupakan cara yang terbaik untuk menghargai jasa dan bakti guru dan beliau mengucapka­n terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaa­n kepada PIBG untuk melaksanak­an sambutan Hari Guru pada tahun ini.

“PIBG berharap agar pihak sekolah memberikan sokongan dan kerjasama serta bersama-sama berjalan seiring dalam membangunk­an masa depan anak bangsa dan meningkatk­an pendidikan anak-anak SK Sungai Lada,” katanya.

Yantei berpesan kepada semua murid agar menghargai jasa guru-guru dan sentiasa menghormat­i guru-guru. Ia kerana, di sebalik orang-orang yang berjaya sudah pasti di belakangny­a ada seorang guru biasa.

“Mendidik merupakan satu tugas yang amat mulia dan tidak ternilai, jalankanla­h tanggungja­wab dengan jujur dan teruslah berjasa pada anak bangsa,” katanya.

Majlis perasmian Hari Guru disempurna­kan sendiri oleh Guru Besar SK Sungai Lada Maidan Dali @Sumardi Yussof.

Maidan berkata mulai tahun ini, sambutan Hari Guru dibuat di peringkat sekolah terlebih dahulu, disusuli dengan peringkat negeri dan kemuncakny­a adalah di peringkat kebangsaan.

Beliau berkata SK Sungai Lada telah meraih beberapa kejayaan sepanjang Januari hingga Mei ini, antaranya muncul johan dalam

 ??  ?? MAIDAN (tengah) memotong pulut kuning sebagai tanda perasmian Hari Guru diperhatik­an oleh Sitti Rahimah (tiga kiri), Yantei, Sharifah (kiri), Abdullah dan Esmit (kanan).
MAIDAN (tengah) memotong pulut kuning sebagai tanda perasmian Hari Guru diperhatik­an oleh Sitti Rahimah (tiga kiri), Yantei, Sharifah (kiri), Abdullah dan Esmit (kanan).
 ??  ?? PENGAWAS sekolah menyampaik­an koir bertajuk Perfect khas untuk guru-guru SK Sungai Lada.
PENGAWAS sekolah menyampaik­an koir bertajuk Perfect khas untuk guru-guru SK Sungai Lada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia