Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat perlu ketepi stigma negatif terhadap bekas banduan

-

MIRI: Masyarakat perlu mengetepik­an stigma negatif terhadap bekas banduan sebaliknya memberi peluang kepada mereka untuk memulakan kehidupan baharu.

Timbalan Pegawai Penguat Kuasa Penjara Miri Mohamad Khairul Farmizi berkata, komuniti perlu menerima mereka selepas dikenakan hukuman penjara.

Program pemulihan banduan di bawah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukka­n kejayaan sebanyak 98 peratus.

“Bagaimanap­un, ia bergantung kepada bekas banduan itu sendiri untuk berubah dan di sini amat penting mereka diterima kembali dalam komuniti,” jelasnya.

Banduan katanya, telah menerima hukuman sebagai pembalasan terhadap jenayah yang dilakukan dan sudah pasti mahu berubah ke arah kebaikan.

Sehubungan itu, komuniti perlu menolak stigma negatif terhadap bekas banduan dan memberi peluang kepada mereka menjalani kehidupan seterusnya.

“Penjara sebagai pusat pemulihan dan menekankan disiplin, keyakinan diri dan tanggungja­wab kepada banduan agar mereka tidak melakukan kesalahan jenayah,” tegasnya.

Beliau menambah, penjara juga cuba mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap banduan kepada aura positif selepas menjalani pemulihan.

Penjara Miri katanya, menahan 402 banduan dan jumlah itu menunjukka­n penguranga­n berbanding tempoh sama (Ramadan) tahun lalu.

Terdahulu, Khairul menerima 100 kilogram buah kurma hasil sumbangan pelbagai pihak iaitu JKIBG Sekolah Agama Rakyat Miri (SARM), Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Miri, Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang Miri, Masjid Nur Hijrah Kampung Pulau Melayu, Technip Miri, JKKK Kampung Pulau Melayu, Klinik Asiah serta individu lain.

Pengerusi JKIBG SARM Azmee Abdillah berkata ia adalah program kedua dilaksanak­an dan berharap menjadi aktiviti tahunan sekolah terbabit.

“Kita berharap dengan sumbangan buah kurma ini, maka banduan yang sedang menjalani pemulihan tidak berasa terpinggir dan merasakan diri mereka masih disayangi,” katanya.

Hadir sama ialah Guru Besar SARM Fauziah Mokhtar Khan, Penghulu Samion Ghani dan ahli JKIBG.

 ??  ?? AZMEE (lima kiri) dan Khairul (tujuh kiri) menerima sumbangan buah kurma untuk Penjara Miri yang turut disaksikan ahli JKIBG dan penderma lain.
AZMEE (lima kiri) dan Khairul (tujuh kiri) menerima sumbangan buah kurma untuk Penjara Miri yang turut disaksikan ahli JKIBG dan penderma lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia