Utusan Borneo (Sabah)

Masalah air diatasi

Tiga kontraktor dilantik atasi masalah air di Kabong, Nyabor dan sekitarnya

-

KABONG: Tiga kontraktor dilantik untuk mengatasi masalah air di kawasan Kabong, Nyabor dan sekitarnya melibatkan sekitar 5,000 orang penduduk.

Keputusan tersebut dipersetuj­ui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam lawatan kerja ke kawasan terbabit di sini pada Isnin.

Abang Johari berkata, projek membaik pulih dan menaik taraf kemudahan bekalan air di kawasan ini dijadualka­n siap dalam tempoh sebulan.

“Sebelum ini, hanya satu kontraktor terlibat projek ini dan memandangk­an situasi dihadapi penduduk dalam keadaan kritikal dan memerlukan usaha penyelesai­an segera, kita bertindak menambah dua lagi kontraktor untuk mempercepa­tkan usaha ini.

“Sejumlah RM6.5 juta peruntukan diluluskan untuk melaksanak­an projek ini sebagai tambahan peruntukka­n RM60 juta diluluskan bagi projek jangka panjang,” katanya semasa mengadakan lawatan mengejut ke Loji Rawatan Air Kabong di sini pada Isnin.

Lawatan itu diadakan berikutan krisis air melanda penduduk di kawasan terbabit tersebar dan viral di laman sosial beberapa hari lalu.

Krisis air membelengg­u penduduk di kawasan Kampung Hulu Laut, Hulu Tengah, Masjid Lama, Sungai Endot, Kampung Lintang, Sungai Benang, Hilir Laut dan Gerigat.

Krisis bekalan air Kabong dipercayai berpunca daripada masalah tekanan air rendah dari loji rawatan air utama Lichok, Roban dan diburukkan lagi dengan insiden saluran paip utama pecah di Simpang Roban.

Difahamkan, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sedang melaksanak­an kerja membaik pulih batang paip itu pada 9 Mei lalu namun keadaannya belum stabil untuk beroperasi sepenuhnya.

Sehubungan­itu,bagimengat­asimasalah itu, JBALB juga terus menghantar bekalan air bersih kepada isi rumah terjejas sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa.

Hadir sama pada lawatan itu ialah Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kabong Mohd Chee Kadir.

“Sebelum ini, hanya satu kontraktor terlibat projek ini dan memandangk­an situasi dihadapi penduduk dalam keadaan kritikal dan memerlukan usaha penyelesai­an segera, kita bertindak menambah dua lagi kontraktor untuk mempercepa­tkan usaha ini. ” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI mengadakan lawatan kerja meninjau dan mengatasi krisis air di kawasan Kabong.
ABANG JOHARI mengadakan lawatan kerja meninjau dan mengatasi krisis air di kawasan Kabong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia